Pertubuhan SAHABAT adalah sebuah entiti mualaf yang berdaftar dengan ROS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak berasaskan keuntungan dan bergerak secara sukarela. Fungsi utama SAHABAT ialah mencari DANA untuk survival Pusat Bimbingan Teratak Fitrah, Rumah Kebajikan Likas dan menggerakkan Khidmat Sosial (amal jariah) serta memenuhi objektif penubuhan SAHABAT. Pusat ini mendapat dokongan yang padu dari JHEAINS, JAKIM, PZS (MUIS), CONCERN (Majlis Gabungan NGO Islam Sabah), NGO, pendakwah bebas dan lain-lain. SAHABAT boleh dihubungi di teratakfitrah@yahoo.com.

Tuesday, September 28, 2010

SAINS ISLAM

HomePewarisGaleriKoleksi Kertas SoalanBiasiswa/KerjayaSains Islam dan Sains Barat
Oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin

Islam tidak pernah mengetepikan sains. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience.” Ia bermaksud, “Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.”

Secara umumnya, sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya. Ia juga boleh diertikan sebagai huraian secara sistematik tentang fenomena tabii atau alam semula jadi. Huraian secara sistematik melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (quantitative). Jika diamati definisi-definisi ini, ia memang telah ditekankan oleh Islam berdasarkan dalil-dalil dan nas yang telah disebutkan sebelum ini.

Ilmu sains melahirkan teknologi. Teknologi (mengikut Merriam-Webster Dictionary, The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition dan WordNet Dictionary), boleh didefinisikan sebagai, “Pengaplikasian atau penggunaan ilmu terutamanya ilmu sains secara praktikal dan digunakan terutamanya dalam bidang perdagangan dan industri untuk kemanfaatan manusia.” Justeru, ilmu sains merupakan alat penting untuk membina teknologi namun ilmu sains bukanlah teknologi. Sebagai contoh, sains membicarakan tentang teori atom dan daripada itu lahirlah teknologi yang menghasilkan kuasa atom.

Keterbatasan Sains

Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji, namun ia menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki manusia. Justeru, sains Islam menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan yang tertinggi. Dalam erti kata yang lain, dalam Islam, wahyu mengatasi akal kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal terbatas. Sains tidak boleh mengatasi wahyu. Apa-apa konklusi yang bercanggah dengan dasar-dasar wahyu dianggap sebagai konklusi sains yang salah dan apa-apa yang selari dengannya bolehlah diterima. Dalam hal ini Allah berfirman dalam surah al-Jathiyah ayat 20, “Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.”

Justeru, sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid. Sains dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulnya. Sains dalam Islam tunduk kepada al-Quran.

Di barat konsep yang merujukkan sains kepada Tuhan, wahyu dan kuasa ghaib dikenali sebagai creationism. Kadang kala ia dikenali juga sebagai intelligent design. Konsep-konsep ini ditolak oleh ramai saintis di barat. Sebagai contoh, para saintis daripada Akademi Sains Kebangsaan di Amerika (The U.S. National Academy of Sciences) menegaskan bahawa “sebarang kenyataan yang menetapkan bahawa asal usul kehidupan ini ada perkaitan dengan kuasa ghaib (supernatural intervention) tidak boleh diiktiraf sebagai sains.” Hal ini dinyatakan dalam Science and Creationism: A View from the National Academy of Sciences, Second Edition, terbitan National Academy of Sciences tahun 1999.

Dalam kes Kitzmiller lawan Dover Area School District pada tahun 2005 (Case No. 04cv2688. December 20, 2005), sebuah mahkamah persekutuan di Amerika memutuskan mana-mana sekolah yang mengajar sains dan mengaitkan kejadian kehidupan dengan kuasa ghaib dan mengetepikan teori evolusi, ia dianggap telah melanggar perlembagaan Amerika.

Matlamat dan Metodologi Sains

Dalam Islam, sains mempunyai matlamatnya. Matlamat jangka pendek ialah mengenali hakikat kejadian alam serta manusia dan memanfaatkan ilmu itu untuk kebaikan semua. Sebagai contoh, melalui sains kita mengetahui bahawa seks kromosom lelaki menentukan kejantinaan seseorang bayi, kejadian bayi bermula dengan persenyawaan antara sperma lelaki dan ovum wanita, kejadian bumi berlaku selepas kejadian bintang-bintang di langit dan yang seumpamanya. Namun akhirnya yang menjadi keutamaan ialah matlamat jangka panjang iaitu mengagungkan dan membesarkan Allah. Hal ini terserlah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud, “Kemudian Kami menjadikan benih nuthfah itu alaqah. Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudghah. Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami tutup tulang itu dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta.” Perhatikanlah ayat ini dengan baik. Selepas Allah menceritakan fasa-fasa kejadian bayi (dan hal ini dapat disahkan oleh sains), Allah mengakhiri ayat itu dengan ungkapan, “Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta.” Inilah matlamat asasi sains, iaitu untuk mengagungkan Allah.

Untuk mencapai matlamat ini metodologi yang digunakan perlulah betul. Sains berkonsepkan tauhid melahirkan metodologi atau pendekatan yang mengambil kira syariat. Kepatuhan kepada syariat tidak menghalang kreativiti dan inovasi kerana kebebasan untuk mengkaji telah pun diberikan Islam berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, “Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu.” Yang dituntut ialah kepatuhan kepada prinsip-prinsip syariat yang akan mencantikkan sains. Sebagai contoh syariat mengutamakan nyawa manusia. Justeru kajian sains dan teknologi yang terhasil daripadanya tidak boleh digunakan untuk memusnahkan nyawa. Syariat juga melarang kemudaratan dilakukan berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, “Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibn Majah.

Islam juga menekankan tentang akhlak. Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah. Amanah ini melibatkan individu, alam sekitar dan masyarakat secara amnya. Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai amanah dan agama. Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering). Teknologi ini mampu memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang lain. Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta penyakit baru yang mampu membunuh manusia. Mengikut Dr Mae-Wan Ho, pengarah Bioelectrodynamics Laboratory di Open University, United Kingdom, kejuruteraan genetik telah menyebabkan wabak kolera menyerang India pada tahun 1992, wabak kuman streptococcus di Tayside pada tahun 1993 dan wabak kuman E. Coli 157 di Scotland.

Justeru, kepatuhan kepada syariat adalah penting agar sains tidak terbabas daripada landasan kebenaran dan kesejahteraan.

Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com
http://danialzainalabidin.com

Sunday, September 26, 2010

Pendukung Islam

10 perkara wajib pada seorang pendukung gerakan ISLAM
Tuesday, March 10, 2009

1. Salimul Aqidah
Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah SWT dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan-ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang ertinya: "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam" (QS 6:162).
Kerana memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da’wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah SAW mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.

2. Shahihul Ibadah
Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul SAW yang penting, dalam satu hadisnya baginda menyatakan : “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”. Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahawa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul SAW yang bererti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.

3. Matinul Khuluq
Akhlak yang baik (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan perilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah mahupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat.
Kerana begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah SAW ditutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al-Quran, Allah berfirman yang ertinya : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak yang agung" (QS 68:4).

4. Qowiyyul Jismi
Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani bererti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optima dengan fizikalnya yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang sihat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan lainnya. Oleh kerana itu, kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengubatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi. Kerana kekuatan jasmani juga termasuk yang penting, maka Rasulullah SAW bersabda yang ertinya : "Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mukmin yang lemah" (HR. Muslim).

5. Mutsaqqoful Fikri
Intelek dalam berfikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang penting. Kerana itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas) dan Al-Quran banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang manusia untuk berfikir, misalnya firman Allah yang ertinya: "Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “Yang lebih dari keperluan”. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir" (QS 2:219).
Di dalam Islam, tidak ada satu pun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan aktivii berfikir. Kerananya seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Bisa kita bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatkan pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu. Oleh kerana itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan intelektualiti seseorang sebagaimana firman-Nya yang ertinya : "Katakanlah: “samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?”, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran" (QS 39:9).

6. Mujahadatul Linafsihi
Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatul linafsihi) merupakan salah satu keperibadian yang harus ada pada diri seorang muslim, kerana setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu.
Oleh kerana itu hawa nafsu yang ada pada setiap diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam, Rasulullah SAW bersabda yang ertinya : "Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam)" (HR. Hakim).

7. Harishun Ala Waqtihi
Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini kerana waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah SWT banyak bersumpah di dalam Al-Quran dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya.
Allah SWT memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Kerana itu tepat sebuah semboyan yang menyatakan : “Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu”. Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi.
Oleh kerana itu setiap muslim amat dituntut untuk memanfaatkan waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang sia-sia. Maka di antara yang dinyatakan oleh Nabi SAW adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, senggang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin.

8. Munazhzhamun fi Syuunihi
Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk keperibadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Quran mahupun sunnah. Oleh kerana itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah mahupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya.
Dengan kata lain, suatu urusan dikerjakan secara profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya, profesionalisme selalu mendapat perhatian darinya. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, adanya kontinuiti dan berbasih ilmu pengetahuan merupakan di antara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya.

9. Qodirun Alal Kasbi
Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan mandiri (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru bisa dilaksanakan manakala seseorang memiliki kemandirian, terutama dari segi ekonomi. Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya kerana tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi. Kerana itu peribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang harus kaya agar dia bisa menunaikan haji dan umrah, zakat, infaq, sedakah, dan mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh kerana itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Quran mahupun hadis dan hal itu memiliki keutamaan yang sangat tinggi.
Dalam kaitan menciptakan kemandirian inilah seorang muslim amat dituntut memiliki keahlian apa saja yang baik, agar dengan keahliannya itu menjadi sebab baginya mendapat rezeki dari Allah SWT kerana rezeki yang telah Allah sediakan harus diambil dan mengambilnya memerlukan skill atau keterampilan.

10.Nafi’un Lighoirihi
Bermanfaat bagi orang lain (nafi’un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga di manapun dia berada, orang di sekitarnya merasakan keberadaannya kerana bermanfaat besar. Maka jangan sampai seorang muslim adanya tidak menggenapkan dan tidak adanya tidak mengganjilkan. Ini bererti setiap muslim itu harus selalu berfikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksima untuk bisa bermanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak bisa mengambil peranan yang baik dalam masyarakatnya. Dalam kaitan inilah, Rasulullah SAW bersabda yang ertinya : "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR. Qudhy dari Jabir).

Wallahu'alam.

Sumber : http://alumniirfaan.blogspot.com


Posted by Kelab Surau Tun Razak (STAR) at 7:16 PM

Labels: Kepimpinan

Tuesday, September 21, 2010

Majlis Sambutan Aidilfitri SAHABAT Muallaf


SABTU, 25 SEPTEMBER 2010
JAM 9.30 PAGI
BERTEMPAT DI PUSAT BIMBINGAN SAHABAT (TERATAK FITRAH)
BERHAMPIRAN WISMA MUIS SEMBULAN KOTA KINABALU

SEMUA
PELAJAR
ALUMNI
TENAGA PENGAJAR

DIJEMPUT HADIR

Friday, September 17, 2010

CADANGAN TUGAS

DRAF & CADANGAN

SENARAI TUGAS

JAWATANKUASA KECIL

SAHABAT

SENARAI TUGAS

SETIAUSAHA SAHABAT

Bil

Tugasan

Catatan

INDEKS Pencapaian

(Ö)



Membuat panggilan mesyuarat.

FASAL 9.5: Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu.

Mesyuarat Bulanan: setiap sabtu terakhir setiap bulan. *26 April, 24 May, 28 Jun, 26 Julai, 30 Ogos, 27 Sept, 25 Okt, 29 Nov, 27 Dis dll.

Mesyuarat Khas*

* tertakluk kepada perubahan.




Menyediakan buku kehadiran (tandatangan) ahli mesyuarat.

Buku ini adalah sulit dan terperingkat. Buku ini WAJIB dibawa semasa mesyuarat (semua jenis mesyuarat)




Mencatat masa ketibaan dan masa meninggalkan mesyuarat.

Memantau sindrom ‘datang lambat, pulang awal’.




Mencatat minit

Mesyuarat biasa, khas dan agung dll.

Sila lantik pembantu Pencatit minit sekiranya diperlukan.




Menyediakan minit mesyuarat

Edarkan 7 hari selepas mesyuarat. ASAP

Supaya tindakan oleh JK dapat dibuat secepat mungkin.




Mengedarkan minit kepada MT

Pastikan penerima menandatangani buku penerimaan.




Melaporkan secara terperinci (secara lisan) tentang hasil mesyuarat kepada ahli mesyuarat yang tidak hadir.

Mengelakkan fenomena ‘tidak tahu, dikalangan MT SAHABAT.




Melaporkan aktiviti JK setiap mesyuarat bulanan.

Dapatkan laporan dari setiap JK




Catatan Buku log

Mencatat semua aktiviti SAHABAT.

Setiap hujung bulan mengutip data dari setiap Jawatankuasa Kecil (JK)




Mengendalikan urusan surat menyurat.





Kemaskini buku daftar ahli

Update evrymonth




Menaip semula buku perlembagaan

Memudahkan pemindahan / perubahan syarat.




Menyediakan Akta Pertubuhan 1966.

Mencari di pasaran & perpustakaan.




Penyediaan Fail

Klasfikasi setiap tugasan (cluster)




Menyediakan Buku Program Mesyuarat Agung





Membantu JK menyediakan laporan bulanan





Menyediakan surat tajaan kepada penaja global.

(sila cari alamat)

Yayasan Al-Bukhari, Putera Arab, Sultan Brunei, Petronas dll.




Menyediakan buku perlembagaan setiap kali mesyuarat.

Rujukan spontan




Memperbanyakkan Buku Perlembagaan

Jual RM 2.00 sekeping.




Fasilitator untuk kefahaman pelembagaan SAHABAT

Teks & Power Point.




Menyediakan draf teks ucapan penasihat

Majalah, buletin, buku program AGM dll.




Pamplet.





Mengesahkan kehadiran para ahli mesyuarat.

Selewat-lewatnya sehari sebelum mesyuarat.

Menyimpan nota




Memantau hal ehwal kewangan





Menambah ahli SAHABAT

Mengedarkan borang keahlian untuk ahli BIASA dan KEHORMAT.




Menyediakan data & artikel dalam aktiviti promosi SAHABAT (pamplet, handbill, warta SAHABAT dll)

Semua aktiviti




Merancang dan melaksanakan Kunjungan Hormat (courtessy call)

Menulis surat kepada pihak yang berkenaan: JHEAINS, MUIS, USIA, YADIM, ZAKAT, TYT, KETUA MENTERI, PERKIM, Menteri di Jabatan K. Menteri, JAKIM, PETRONAS DLL.

Sediakan pamplet dan tayangan Power Point.




Penyediaan artikel untuk akhbar dan Sidang Akhbar

Program / projek melibatkan orang ramai.




Memantau JK yang lambat / tidak menghantar laoparan bulanan dan laporan AGM

Memberi surat peringatan kepada semua JK yang bermasalah.




Mencari penaja untuk menanggung perbelanjaan mengurus aktiviti SAHABAT.





Menyediakan buget ‘Perbelanjaan petadbiran’ seksyen Setiausaha.

Keperluan pejabat




Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Jawatankuasa SAHABAT yang diarahkan dari masa ke semasa.



SENARAI TUGAS BENDAHARI

Objektif:

  1. Mewujudkan system kewangan yang sistematik dan mudah capai.
  2. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.

Bil

Terma Rujukan

Huraian

Indeks Pencapaian


Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.

Penyata kira-kira yang sistematik



Mengeluarkan wang dari bank

Atas arahan Presiden dan Mesyuarat Jawatankuasa.



Melaporkan kedudukan kewangan pada mesyuarat bulanan.

Laporan bertulis



Menyediakan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit untuk Mesyuarat Tahunan dan AGM.




Memohon juruodit untuk pemeriksaan buku kira-kira ( Tiga bulan sekali)

Wong Mei Lan & Faridz Padasian.



Bekerjasama dengan Penyelaras Jawatankuasa Kecil Pembangunan Kewangan (JK Kewangan) tentang aktiviti rutin dan program semasa yang memerlukan kewangan.




Menyediakan budget untuk operasi Unit Bendahari




Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Jawatankuasa SAHABAT yang diarahkan dari masa ke semasa.







SENARAI TUGAS

JAWATANKUASA KECIL KEBAJIKAN

Objektif:

  1. Membantu merancang dan mengurus hal ehwal kebajikan dan pelindungan kepada saudara kita.
  2. Meningkatkan semangat ‘kepeduliaan’ dikalangan saudara kita.
  3. Meningkatkan imej saudara kita.

Bil

Terma Rujukan

Mekanisma




Menubuhkan carta organisasi JKK

FASAL: 4.1, 4.3, 4.5, 4.7, 4.8.

FASAL: 9.10

Penyelaras, Timbalan Penyelaras, setiausaha, penjaga kewangan, MTS, 5 orang AJK.

Pastikan SETIAUSAHA yang dilantik boleh menggunakan komputer dan berkebolehan membuat laporan.




Menyediakan laporan dan dilaporkan semasa mesyuarat bulanan

Hantar kepada setiausaha Sahabat.




Menyediakan belanjawan untuk operasi JK Kebajikan





Membantu mengendalikan proses sebelum dan selepas pengislaman mana-mana orang yang bercadang untuk menganut Islam. FASAL 4.2





Membantu merancang dan mengurus hal ehwal kebajikan dan pelindungan kepada saudara kita. FASAL 4.3





Program Ziara Hospital

Dua kali sebulan

Diadakan Hari Sabtu selepas Zohor.




Program Lawatan Desa

Mengunjungi mualaf seluruh Sabah ( 24 daerah)




Membantu mengurus jenazah mualaf





Majlis tahlil untuk jenazah muallaf

Sekiranya pihak keluarga memohon pertolongan




Mewujud, melaksana dan menguatkuasakan peraturan kecil Rumah Kebajikan.

Syarat-syarat penginapan, etika, jangkamasa & latihan , keterlibatan dll.




Program Kebajikan Pelajar TF.





Motivasi masalah rumahtangga





Kutipan Takziah & Mushibah

Kutipan pra kejadian




Program Kebajikan Rumah Kebajikan TF.

Membantu para penginap di Rumah Kebajikan




Khidmat nasihat mengenai bantuan pelajar dan saguhati pengislaman.





Menyemarakkan Hari Kemedekaan.





Mengadakan Seminar Masyarakat Penyanyang

Memberi kesedaran kepada ahli SAHABAT




Mengikuti Kursus Kebajikan





Kontak dengan kebajikan Global

Aman Malaysia, Mercy Malaysia, Trust World




Sembelih Korban

Mencari senarai peserta dan mengurus pembelian dan pengangkutan serta pengurusan total majlis korban dll. (penyediaan khemah, alat memasak dll)




Lawatan ke pusat kebajikan seluruh Sabah

Pusat Sri Pricahrd, Rumah Hayati Kiulu, Pusat Orang Buta Wallace Tuaran, Yayasan Suria Tuaran, RAY Tambunan, Sri Pengasih, dll.




Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Jawatankuasa SAHABAT yang diarahkan dari masa ke semasa.

Aktiviti tak terjadual , keperluan mendesak dll




Kebajikan bekas pelajar (alumni)

Alamat terbaru.

Keep on touch.

Mohon sumbangan




Menganjurkan majlis sempena Hari Kebesaran Islam

· Aidilfitri

· Aidiladha

· Hijrah

· Israk Mikraj

· Nisfu Syaaban

· Hari Merdeka

· dll


SENARAI TUGAS

JAWATANKUASA KECIL

PERPADUAN DAN KEMASYARAKATAN

Tujuan:

1. Mempereratkan hubungan silaturahim dikalangan AJK SAHABAT

2. Mengurangkan tekanan (stress) mental dan fizikal

3. Menyemai semangat perpaduan (kekitaan) dikalangan ahli SAHABAT

4. Wadah untuk ‘gathering’.

Bil

Terma Rujukan

Mekanisma

Indeks Pencapaian



Menubuhkan carta organisasi JKK

FASAL: 4.1, 4.4, 4.8.

FASAL: 9.10

Penyelaras, Timbalan Penyelaras, setiausaha, penjaga kewangan, MTS, 5 orang AJK.

Pastikan SETIAUSAHA yang dilantik boleh menggunakan komputer dan berkebolehan membuat laporan.




Menyediakan laporan dan dilaporkan semasa mesyuarat bulanan

Hantar kepada setiausaha Sahabat.




Menyediakan belanjawan untuk operasi JK PK





Membantu merancang dan mengurus pembangunan sahsiah saudara kita. FASAL 4.4





Merancang dan melaksanakan apa-apa program yang boleh mendatangkan kesejahteraan ahli dan keluarga. FASAL 4.8





Mengeratkan silaturahim antara pelajar dan MT SAHABAT





Program Piknik





Program Sukaneka





Barbequea





Penubuhan Kumpulan Nasyid





Penubuhan Kumpulan Kompang





Deklimasi sajak islam





Memantau penyediaan baju seragam untuk perbarisan Maulidul rasul.





Mencari penaja untuk menanggung perbelanjaan mengurus aktiviti JK PK.





Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Jawatankuasa SAHABAT yang diarahkan dari masa ke semasa.

Aktiviti tak terjadual , keperluan mendesak dll




Derma darah, sukatan tekanan darah dan ceramah kesihatan





Mendaki Gunung Kinabalu



JAWATANKUASA KECIL DAKWAH & MOTIVASI

Objektif:

1. Membantu merancang dan mengurus hal ehwal pengajian agama dan sahsiah saudara kita.

2. Merancang dan melaksanakan apa-apa program yang memberi kesejahteraan kepada ahli.

3. Memberi kefahaman kepada muallaf tentang keindahan Islam.

Bil

Terma Rujukan

Mekanisma

Indeks Pencapaian



Menubuhkan carta organisasi JKK

FASAL: 4.3, 4.4,4.6, 4.8. & 4.9

FASAL: 9.10

Penyelaras, Timbalan Penyelaras, setiausaha, penjaga kewangan, MTS, 5 orang AJK.

Pastikan SETIAUSAHA yang dilantik boleh menggunakan komputer dan berkebolehan membuat laporan.




Menyediakan laporan dan dilaporkan semasa mesyuarat bulanan

Hantar kepada setiausaha Sahabat.




Menyediakan belanjawan untuk operasi JK PK





Majlis bacaan Yassin

Sekali sebulan di RKTF.

Pastikan mendapat sambutan sekurang-kurangnya 20% dari bilangan ahli SAHABAT.




Program ceramah Jelajah SAHABAT





Menganjur Seminar Keindahan Islam

Di luar Kota Kinabalu




Sesi Motivasi

Penceramah En. Mursaid Latif, Penceramah Motivasi INSAN




Ceramah Bulanan

Mengemukakan tajuk dan calon penceramah kepada JK TFS.




Kesedaran perundangan Islam

Memberi tumpuan kepada undang-undan keluarga Islam .







SENARAI TUGAS

JAWATANKUASA KECIL

KEMUDAHAN PRASARANA

Objektif:

1. Menjaga keselamatan dan kebersihan Rumah Kebajikan Likas dan Pusat Bimbingan Teratak Fitrah.

2. Penambahbaikan

Bil

Terma Rujukan

Mekanisma

Indeks Pencapaian



Menubuhkan carta organisasi JKK

FASAL: 4.1, 4.4, 4.8.

FASAL: 9.10

Penyelaras, Timbalan Penyelaras, setiausaha, penjaga kewangan, MTS, 5 orang AJK.

Pastikan SETIAUSAHA yang dilantik boleh menggunakan komputer dan berkebolehan membuat laporan.




Menyediakan laporan dan dilaporkan semasa mesyuarat bulanan

Hantar kepada setiausaha Sahabat.




Menyediakan belanjawan untuk operasi JK PK





Menjaga keselamatan, ketentraman dan kebersihan Rumah Kebajikan Teratak Fitrah





Menjaga keselamatan, ketentraman dan kebersihan Pusat Bimbingan Teratak Fitrah

Pastikan sampah sarap, bekalan elektrik, tandas dalam keadaan yang terurus




Memeriksa dan menjaga bangku, notice board di Masjid Bandaraya





Mencari dan mengurus cadangan pembelian rumah melalui proses sewa beli.

Cadangan Penasihat sila ambil perhatian.




Menyediakan katil double decker disetiap bilik tidur RKTF

Supaya dapat menampung lebi ramai penghuni.


SENARAI TUGAS

JAWATANKUASA KECIL

EKONOMI & KEUSAHAWANAN

Objektif:

1. Membantu merancang dan mengurus pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan Saudara Kita.

2. Merancang dan melaksanakan apa-apa program yang mendatangkan manfaat ekonomi ahli dan keluarga.

3. Menyediakan latihan keusahawanan dan strategi perniagaan.

4. Mewujudkan usahawan muallaf yang dapat membantu SAHABAT.

Bil

Terma Rujukan

Mekanisma

Indeks Pencapaian


Menubuhkan carta organisasi JKK

FASAL: 4.1, 4.4, 4.8.

FASAL: 9.10

Penyelaras, Timbalan Penyelaras, setiausaha, penjaga kewangan, MTS, 5 orang AJK.

Pastikan SETIAUSAHA yang dilantik boleh menggunakan komputer dan berkebolehan membuat laporan.



Menyediakan laporan dan dilaporkan semasa mesyuarat bulanan

Hantar kepada setiausaha Sahabat.



Menyediakan Kalendar Aktiviti




Menyediakan belanjawan untuk operasi JK PK




Mengurus Makan & minum PBTF




Mengusahakan tanah (backyard) di RKTF




Menyediakan sajian untuk majlis anjuran SAHABAT




Memberi peluang latihan keusahawanan kepada ahli SAHABAT

Pertanian, ICT, Cattering dll.


SENARAI TUGAS

JAWATANKUASA KECIL PEMBANGUNAN KEWANGAN, TAJAAN

DAN MENAMBAH TABUNG


Terma Rujukan

Huraian

Indeks Pencapaian



Menubuhkan carta organisasi JKK

FASAL: 4.1, 4.4, 4.8.

FASAL: 9.10

Penyelaras, Timbalan Penyelaras, setiausaha, penjaga kewangan, MTS, 5 orang AJK.

Pastikan SETIAUSAHA yang dilantik boleh menggunakan komputer dan berkebolehan membuat laporan.




Menyediakan laporan dan dilaporkan semasa mesyuarat bulanan

Hantar kepada setiausaha Sahabat.




Menyediakan Kalendar Aktiviti





Menyediakan belanjawan untuk operasi JK PK





Baazar

Dua kali setahun




Majlis Makan Malam

Target 10,000.00




Pertandingan Memancing

Sasaran 5000.00




Lelongan Pakaian Terpakai





Kawalan Penggunaan Wang Teratak Fitrah & SAHABAT





Membiayai & Memantau kewangan Program / Projek semua JK.





Simpanan Kecemasan

RM 20,000.00




Pembiayaan Projek JK

12,000.00




Mencari Penaja Tempatan

50,000.00




Tabung pusingan kecemasan

Kemudahan kredit kepada ahli.




Merancang dan melaksanakan aktiviti menambah tabung.



SENARAI TUGAS

JAWATANKUASA KECIL

PUSAT BIMBINGAN TERATAK FITRAH

& PENERANGAN

Objektif:

  1. Mengurus Pusat Pengajian Teratak Fitrah supaya menjadi institusi yang cemerlang.
  2. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi mental dan fizikal dan berkeupayaan untuk berdakwah.
  3. Membina imej yang positif, berilmu, berdayasaing, kompeten, energetic, prihatin dan toleran.

Bil

Terma Rujukan

Huraian

Indeks Pencapaian



Menubuhkan carta organisasi JKK

FASAL: 4.6

FASAL: 4.1, 4.2, 4.3, 4.4, 4.8. 4.9

FASAL: 9.10

Penyelaras, Timbalan Penyelaras, setiausaha, penjaga kewangan, MTS, 5 orang AJK.

Pastikan SETIAUSAHA yang dilantik boleh menggunakan komputer dan berkebolehan membuat laporan.




Menyediakan laporan dan dilaporkan semasa mesyuarat bulanan

Hantar kepada setiausaha Sahabat.




Menyediakan Kalendar Aktiviti





Menyediakan belanjawan untuk operasi JK PK





Pendaftaran Pelajar baru

Kelas Solat, Pasca Solat dan Tahap 1.




Pengisian borang Pusat Bimbingan Teratak Fitrah SAHABAT (B. TF1)

Pastikan borang yang mencukupi dan disediakan pada hari pertama kehadiran pelajar.




Pengisian Borang Ahli SAHABAT.

(Borang Ahli Biasa – BAB.1)

(Borang Ahli Kehormat – BAK.2)

Pastikan borang yang mencukupi dan disediakan pada hari pertama kehadiran pelajar.




Taklimat / temuduga Pelajar Baru

· Biodata

· Tarikh pengislaman

· Penerangan mengenai kelas dan aktiviti SAHABAT.




Penentuan Tahap / kelas pelajar baru





Menyedia & Memantau petugas kaunter mingguan





Melantik ketua darjah bagi setiap tahap

Ketua dan timbalan




Menyedia senarai tugas ketua derjah.





Memantau disiplin para pelajar.





Menyediakan buku pendaftaran mingguan untuk pelajar dan tenaga pelajar.





Memastikan kehadiran tenaga pengajar sehari sebelum kelas bermula.





Mencari tenaga pengajar ganti (bidan terjun) sekiranya tenaga pengajar tetap tidak dapat hadi.





Memantau bilangan (ratio) ustaz / pelajar Iqro





Mengurus kewangan (subsidi RM 200.00) pelajar





Mengurus bayaran Tenaga Pengajar

JK KTMT (Sallywati)




Kutipan Khas bulanan:

Pendapatan Kasar

· > RM 2000.00 : RM 10.00

· > RM 1000.00 : RM 5.00

· < style=""> ikut kemampuan





Penambahbaikan Sukatan pelajaran (silibus) PBTFS.





Peperiksaan





Penyediaan Alat Bantu Mengajar

JK Prasarana (Hjh Maria)




Kebersihan dan kemudahan tandas





Disiplin

MT SAHABAT




Caretaker Kelas Solat

Caretaker Kelas pasca Solat

Caretaker Kelas Tahap 1

Caretaker Kelas Tahap 2

Caretaker Kelas Tahap 3

Caretaker Kelas Tahap 4





Mengadakan majlis Taaruf / suai kenal





Penerbitan bulanan & tahunan





Kemaskini rekod kehadiran pelajar





Memantau ‘kehilangan’ pelajar





Mencari kaedah terbaik untuk belajar Iqro (kualiti tinggi, kos rendah)





Konvokesyen Teratak Fitrah





Penggunaan lencana / nametag





Pengucapan Umum





Pemikiran Strategik



JAWATANKUASA KECIL SAHABAT


Jawatankuasa Kecil

Penyelaras

Timbalan Pnylrs


Pusat Bimbingan Teratak Fitrah dan Penerangan

En. Abu Bakar Ongkosing

Nurain L.


Kebajikan dan Prasarana

Hjh. Maria Louis

En. Redzuan


Pembangunan Kewangan, Tajaan & Menambah Tabung

Pn. Sellewati

Nurul Aswaney Egbert


Pembangunan Ekonomi & Usahawan.

Pn. Masnih Sinalin



Perpaduan dan kemasyarakatan

Pn. Rahimah Dalampir



Motivasi dan kefahaman Islam

En. Azmi Hakimi


Selamat Datang