Pemilihan Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita KK (SAHABAT) akan diadakan pada sabtu, 13 Mac 2010 di dewan Madani Wisma MUIS jam 10 pagi. apa impaknya?
Pemilihan melibatkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden (2 post), setiausaha, Tim S/u, bendahari dan 3 AJK.
Pertandingan ini penting untuk kelangsungan @ survival mualaf di KK. kenapa?, kerana Pertubuhan ini merupakan entiti penting dalam memperjuangkan kebajikan dan pendidikan agama para mualaf.
buat masa ini SAHABAT mengendalikan; 1. Pusat bimbingan Saudara Kita di Madrasah Islamiah, Wisma Muis KK; 2. Rumah Kebajikan Saudara Kita, Likas dan CSR (Khidmat Sosial). Terdapat 6 Kelas bimbingan berkapasiti lebih 150 pelajar perlu diurus dengan systematik dan progresif.
semua mualaf yang memenuhi syarat adalah dijemput untuk memberi perkhidmatan kepada pertubuhan ini. ia selari dengan seruhan dalam surah Al Imran "..dan perlu ada diantara kamu yang menyeru kepada kebajikan, memperjuangkan kebaikan (keiindahan islam) dan mencegah kemungkaran (penyakit sosial)...".
Kita juga harus komited dan agresif dalam merealisasikan Wawasan Mualaf, iaitu. Menjana / melahirkan Saudara Kita yang sepadu keilmuannya, berkepribadian unggul, nilai moral dan akhlak tinggi, sosio - ekonomi mantap, berminda global dan cemerlang dunia & akhirat. Kita tidak perlu beretorik semata. kepimpinan yang dedikasi, bekerja keras, ikhlas dan sentiasa ghairah @ terujah adalah perlu. sangat perlu. ayuh tampil. fight for the right. jumpa di sana.
No comments:
Post a Comment