Para mualaf di Sabah umumnya, dan di Kota Kinabalu khasnya dijemput menyertai Pusat Bimbingan Sahabat (Kelas mualat Teratak Fitrah) yang akan memulakan sesi baru pada 3 April 2010. Bertempat di Madrasah Islamiah Masjid Negeri (Sembulan), bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 0138564900.
Pertubuhan SAHABAT adalah sebuah entiti mualaf yang berdaftar dengan ROS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak berasaskan keuntungan dan bergerak secara sukarela. Fungsi utama SAHABAT ialah mencari DANA untuk survival Pusat Bimbingan Teratak Fitrah, Rumah Kebajikan Likas dan menggerakkan Khidmat Sosial (amal jariah) serta memenuhi objektif penubuhan SAHABAT. Pusat ini mendapat dokongan yang padu dari JHEAINS, JAKIM, PZS (MUIS), CONCERN (Majlis Gabungan NGO Islam Sabah), NGO, pendakwah bebas dan lain-lain. SAHABAT boleh dihubungi di teratakfitrah@yahoo.com.
Sunday, March 21, 2010
Saturday, March 6, 2010
kepemimpinan MUALAF
Pemilihan Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita KK (SAHABAT) akan diadakan pada sabtu, 13 Mac 2010 di dewan Madani Wisma MUIS jam 10 pagi. apa impaknya?
Pemilihan melibatkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden (2 post), setiausaha, Tim S/u, bendahari dan 3 AJK.
Pertandingan ini penting untuk kelangsungan @ survival mualaf di KK. kenapa?, kerana Pertubuhan ini merupakan entiti penting dalam memperjuangkan kebajikan dan pendidikan agama para mualaf.
buat masa ini SAHABAT mengendalikan; 1. Pusat bimbingan Saudara Kita di Madrasah Islamiah, Wisma Muis KK; 2. Rumah Kebajikan Saudara Kita, Likas dan CSR (Khidmat Sosial). Terdapat 6 Kelas bimbingan berkapasiti lebih 150 pelajar perlu diurus dengan systematik dan progresif.
semua mualaf yang memenuhi syarat adalah dijemput untuk memberi perkhidmatan kepada pertubuhan ini. ia selari dengan seruhan dalam surah Al Imran "..dan perlu ada diantara kamu yang menyeru kepada kebajikan, memperjuangkan kebaikan (keiindahan islam) dan mencegah kemungkaran (penyakit sosial)...".
Kita juga harus komited dan agresif dalam merealisasikan Wawasan Mualaf, iaitu. Menjana / melahirkan Saudara Kita yang sepadu keilmuannya, berkepribadian unggul, nilai moral dan akhlak tinggi, sosio - ekonomi mantap, berminda global dan cemerlang dunia & akhirat. Kita tidak perlu beretorik semata. kepimpinan yang dedikasi, bekerja keras, ikhlas dan sentiasa ghairah @ terujah adalah perlu. sangat perlu. ayuh tampil. fight for the right. jumpa di sana.
Tuesday, March 2, 2010
MESYUARAT AGUNG SAHABAT
Akan diadakan pada 13 Mac 2010, Rabu, 9.00 pagi di Dewan Madrasah islamiah Sembulan. Agenda: Pelaporan dan Pemilihan Majlis Tertinggi 2010-2012. Semua ahli dipohon hadir.
Subscribe to:
Posts (Atom)