Pertubuhan SAHABAT adalah sebuah entiti mualaf yang berdaftar dengan ROS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak berasaskan keuntungan dan bergerak secara sukarela. Fungsi utama SAHABAT ialah mencari DANA untuk survival Pusat Bimbingan Teratak Fitrah, Rumah Kebajikan Likas dan menggerakkan Khidmat Sosial (amal jariah) serta memenuhi objektif penubuhan SAHABAT. Pusat ini mendapat dokongan yang padu dari JHEAINS, JAKIM, PZS (MUIS), CONCERN (Majlis Gabungan NGO Islam Sabah), NGO, pendakwah bebas dan lain-lain. SAHABAT boleh dihubungi di teratakfitrah@yahoo.com.

Tuesday, December 27, 2011

DIJEMPUT HADIR



SEMUA AHLI SAHABAT DAN PELAJAR SERTA KELUARGA DIJEMPUT HADIR.

31 DES 2011
SABTU
8PAGI- 3 PETANG
PANTAI TANJUNG ARU
KOTA KINABALU

Friday, December 16, 2011

Teruskan perjuangan...



BANGKITLAH

Ya Allah...
Mata ini menyaksikan segala duka perit itu...
Tangisan kecil itu umpama titisan hujan yang membasahi bumi gersang...
Berlari-lari anak-anak kecil itu tanpa tujuan tanpa panduan tanpa sokongan...
Ibu... ayah...

Ya Allah...
Di mana penyelamat tubuh kecil ini Ya Allah?
Khabarkan pada mereka bahawa anak-anak kecil mereka sedang menderita,
terluka...

Jangan....

Cukuplah...
Letusan, tembakan itu menakutkan anak-anak ini...
Jangan kau dekati mereka,
Jangan kau ganggu anak bangsa harapan dunia ini lagi...
Wahai anak bangsa bakal pengemudi bahtera dunia...
Jangan kau sedih lagi...
Jangan kau berteriak mencari sekujur tubuh yang telah tiada..
Ibu ayahmu telah tiada si kecil..
Mereka bertemu Allah....
Mereka telah kembali kepada Penciptanya....

Dan kamu,
anak-anak yang berdiri di bawah tiang agama yang padu...
Larilah... larilah...
Larilah mengejar sinar keamanan itu...
Jangan kau toleh apa yang berlaku...
Jangan kau imbas dentuman sumbang di bumi mu ini...
Pergilah...
Pergilah membawa harapan dunia...
Bangunkanlah agama kita....
Tegakkanlah payung Islam...
Hanya kau yang kami harapkan...
Allahhuakbar.....

-Artikel Iluvislam.com: http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/2589-ayuh-bangkitlah.html

Thursday, December 15, 2011

Jadual 17.12.11

Najwa... tukang jadual



klik kiri 2 x untuk pembesaran jadual

Sunday, December 11, 2011

Prosedur Memeluk Islam Di Sabah


Prosedur memeluk islam di Sabah Malaysia

Komen anda »

CARA MEMELUK ISLAM DI NEGERI SABAH MALAYSIA

Siapakah yang dinyatakan sebagai ‘Orang Islam’

Seorang yang menganut islam Seorang yang salah seorang atau kedua-dua ibubapanya pada masa kelahiran orang itu adalah Islam Seorang yang dibesarkan atas asas bahawa dia orang Islam. Seorang yang telah memeluk agama Islam mengikut seksyen 69 Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah 2004.

Tafsiran Muallaf Seseorang yang baru memeluk agama Islam di bawah seksyen Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004

PROSEDUR PENGISLAMAN (MEMELUK ISLAM)

PERKARA (1) SYARAT:

Hendaklah berumur 18 tahun ke atas. Mereka yang berumur dibawah tahap yang disyaratkan (18 tahun) dan ingin memeluk agama Islam hendaklah terlebih dahulu mendapat keizinan/ kebenaran daripada ibubapa atau penjaganya. Mengemukakan salinan Sijil kelahiran yang disahkan (bagi yang dibawah umur sahaja).

PERKARA (2) PERSEDIAAN:

Sebelum disyahdahkan ( diislamkan ) hendaklah memastikan perkara berikut:

Mengisi dan melengkapkan 2 keping borang yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Menyediakan 3 keping gambar terbaru ukuran lesen memandu atau paspot dalam bentuk berwarna / hitam putih (bersongkok bagi lelaki dan bertudung bagi perempuan). Menyediakan / membuat surat akuan bersumpah yang sah yang ditandatangani dan dicop rasmi oleh Yang diPertua Mahkamah Sesyen / Pesuruhjaya Sumpah. Menyertakan / menyediakan salinan asal Kad Pengenalan atau Paspot yang belum tamat tempohnya yang diperakui dari salinan asal.

Contoh Sijil Pengesahan Islam. Contoh Kad Islam.

Kehendak-kehendak bagi pemelukan Agama Islam:

Seksyen 69 (1) menetapkan kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi pemelukan sah agama Islam oleh seseorang : -

(1)(a) Orang itu mestilah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dalam bahasa Arab secara yang semunasabahnya jelas ;

(1)(b) Pada masa dia mengucapkan Dua Kalimah Syahadah itu, orang itu mestilah sedar bahawa kalimah itu bermakna

Sumber: JHEAINS

Diambil dari web:

http://1khalifah.wordpress.com/2011/07/07/prosedur-memeluk-islam-di-sabah-malaysia/

Sunday, December 4, 2011

Apa itu Koperasi?

Eco camp Koperasi Mukim Batu Putih Kinabatangan Bhd (KOPEL)


Homestay KOPEL






Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502
(Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh
sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan
kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.
Dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya. Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen, anggota-anggotanya juga menikmati harga
yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan
sebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya.
Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Seorang Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari akan dilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat bedasarkan pada calon yang mendapat undi terbanyak. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga.

Perbezaan Koperasi dengan Syarikat Berhad

• Sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya manakala tujuan penubuhan sesebuah syarikat adalah untuk mencari keuntungan semata-mata.
• Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya manakala
sesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat tersebut.
• Kawalan sesebuah koperasi dijalankan bedasarkan sistem demokrasi, berasaskan
kepada satu anggota, satu undi.
• Kawalan sesebuah syarikat berhad pula dijalankan bedasarkan jumlah saham yang
dipunyainya.
• Keuntungan sesebuah koperasi dikongsi dikalangan anggota-anggotanya manakala bagi sesebuah syarikat pula, keuntungan dibahagikan antara pemegang-pemegang saham.
• Nilai saham seseorang anggota koperasi adalah tetap dan boleh dikeluarkan semula. Saham sesebuah syarikat tidak boleh dikeluarkan semula dan nilainya tidak menentu.
• Pertubuhan koperasi tertakluk kepada Akta Koperasi manakala syarikat tertakluk
kepada Akta Syarikat.
Nilai dan Prinsip
Kedai Koperasi yang diasaskan oleh Para Perintis Rochdale mengamalkan beberapa prinsip yang juga menjadi asas kepada sesebuah pertubuhan koperasi. Seiring dengan arus perubahan semasa, prinsip-prinsip tersebut dikaji dan diperbaharui untuk mengekalkan relevansi terhadap gerakan koperasi sedunia secara keseluruhan.
Prinsip-prinsip berikut disytiharkan di Manchester, United Kingdom pada 23 September
1995.
1. Keanggotaan Sukarela dan Terbuka
Koperasi adalah sebuah organisasi sukarela, terbuka kepada sesiapa sahaja yang boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkannya dan rela menerima tanggungjawabsebagai anggota tanpa mengira jantina, perbezaan sosial bangsa, fahaman politikmahupun agama.
2. Kawalan Demokrasi oleh Anggota
Koperasi adalah organisasi berasaskan demokrasi, dikawal oleh anggotanya sendiri secara melibatkan diri dengan aktif dalam membuat polisi dan keputusan. Lelaki dan wanita, yang dilantik sebagai wakil adalah bertanggungjawab terhadap anggota-anggotanya. Bagi Koperasi asas, anggota-anggota mempunyai hak mengundi yang sama(satu anggota satu undi) dan koperasi di peringkat yang lebih tinggi turut mengamalkan dasar berbentuk demokrasi.

3. Penglibatan Anggota Dalam Kegiatan Ekonomi
Anggota-anggota memberi sumbangan samarata kepada modal koperasi dan mengawalnya secara demokrasi. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada modal tersebut adalah harta bersama koperasi. Anggota-anggota selalunya menerima gantirugi yang terhad, jika ada, keatas modal yang disumbangkan sebagai sebahagian daripada syarat menjadi anggota. Anggota-anggota menyediakan peruntukan kewangan untuk satu-satu tujuan atau kesemua tujuan yang berikut: memajukan koperasi dengan menyediakan rezab, dimana sebahagian daripada rezab tersebut tidak boleh dibahagi-bahagikan, disamping memberi faedah kepada anggota mengikut jumlah transaksi mereka dengan koperasi dan menyokong lain-lain aktiviti yang dipersetujui oleh anggota.
4. Kebebasan dan Autonomi
Koperasi adalah organisasi berdikari dan bercirikan autonomi yang dikawal oleh anggotanya. Jika mereka memasuki mana-mana perjanjian dengan lain-lain organisasi, termasuk dengan kerajaan, atau menambah modal daripada sumber luar, mereka berbuat demikian di atas syarat-syarat yang memastikan kawalan demokrasi masih di tangan anggota disamping masih dapat mengekalkan taraf autonominya.

5. Pendidikan, Latihan dan Maklumat
Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, lembaga yang dipilih, pengurus dan pekerja agar mereka boleh menyumbangkan secara berkesan kepada kemajuan koperasi. Koperasi menyampaikan maklumat kepada orang ramai terutama golongan belia dan ketua-ketua masyarakat berhubung perihal dan faedah berkoperasi.

6. Kerjasama Antara Koperasi-Koperasi
Koperasi membantu anggotanya secara lebih berkesan di samping mengukuhkan gerakan koperasi dengan cara bekerja bersama-sama di peringkat tempatan, wilayah, nasional dan antarabangsa.

7. Prihatin Terhadap Komuniti
Di samping menumpukan kepada keperluan anggota-anggotanya, koperasi juga berusaha untuk membangunkan masyarakat secara mampan melalui dasar-dasar yang diterima oleh anggota-anggotanya.
by: TF Kartina Abdullah
(sumber: http://www.scribd.com/doc/8721232/Apaitukoperai)

Wednesday, November 30, 2011

1433


1433
kau datang
menerpa alam kalbuku

hanya sekadar nombor?
apa ada pada nombor
sekadar catatan matematik
retorik kuantitatif
empirikal kontemporari

1433 Hijrah
wadah memperjuangkan kebenaran
melestarikan alam
mengukuhkan ummah
membentras kejahilan
jihad dakwah yang kian membara

1433
sekadar nombor
hendonisme
vacum minda
wawasan tak terarah
taktikal kosong
hujah tanpa fakta
melantak semborono
mangkuk hayun
...... keliru...

1433 H
H itu apa????
hebat
hijau
hangus
hasad
halusinasi
hangat
hipokrasi...?

1433 hIJRAH
AZAM baru
jihad membuak di dada
Islam progresif
Keindahan Islam
supermuallaf
.... teman
ayuh terus berlari
jangan sedu sedan
kita terus berlari
kitakan pejuang jihad
sehebat gunung Uhud
segagah halilintar
sepantas cahaya
seteguh parit khandak
seampuh perjanjian Hudaibiah
sekomplet Piagam Madinah...

teman
ayuh....
kita buktikan sesuatu
pada Hijrah ini

1433
1433
1433

bukan nombor sembarangan....
tetapi
HIJRAH
HIJRAH
CHANGE
TRANSFORMAI


.... AYUH, buat lonjakan mega!!!!!!

by:kabaruba.

Wednesday, November 23, 2011

AKIDAH - ( PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN )

( Dari Usrah Teratak Fitrah - Nurhayyu Fitrah )










1. MAKSUD IMAN
- DARI SEGI BAHASA : Percaya

- DARI SEGI ISTILAH : Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota




2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM
- membentuk insan muslim sejati
- supaya istiqamah dalam ibadat
- melahirkan generasi berakhlak mulia


3. PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN

[ SYIRIK ]
MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya


JENIS-JENIS SYIRIK :


1. Syirik Jali
- Maksud : perlakuan syirik secara terang-terangan


- Contoh :
§ menyembah patung dan berhala
§ menyembah bulan atau matahari
§ mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan


- Akibat : rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat



2. Syirik Khafi
- Maksud : tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat


- Contoh :
§ riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
§ ujub (mengagumi diri sendiri),
§ takbur (membangga diri)


- Akibat :
§ dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
§ sukar menerima pandangan orang lain



3. Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :
· Ia membatalkan iman seseorang
· Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
· Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
· Mencemarkan kesucian agama Islam



4. Cara mengelak perbuatan syirik
· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
· Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi
· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik



5. Kesan syirik
· Membatalkan iman
· Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
· Dimurkai Allah


[ KUFUR ]
MAKSUD :
- tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W

JENIS-JENIS KUFUR :


1. Kufur Hakikat :
- Maksud : ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah


- Contoh :
§ tidak mengakui balasan diakhirat
§ menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
§ menyatakan solat fardhu merugikan masa
§ menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi


2. Kufur Nikmat :
- Maksud : mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan


- Contoh :
§ menggunakan nikmat kejalan maksiat
§ enggan mengeluarkan zakat / sedekah
§ boros membelanjakan harta



FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :
§ pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala
§ terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan
§ kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup



KESAN PERBUATAN KUFUR ….

[ RIDDAH ]
MAKSUD : berpaling atau keluar daripada agama islam

SESEORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA
- Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam
- Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam
- Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam



SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH
- lemah pegangan agama
- jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam
- terpengaruh dengan tawaran kebendaan



AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD
- hubungan suami isteri terfasakh
- haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam
- haram dikebumikan diperkuburan Islam
- menjadi penghuni neraka selama-selamanya



CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD
- memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
- memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
- pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum



TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD
- menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam
- sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh


HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD
- memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan
- mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam
- menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara



LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD
- berpegang teguh dengan ajaran islam
- menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah
- mendalami ilmu-ilmu agama



LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD
- memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam
- memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad
- mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad


KESAN PERBUATAN MURTAD …

[ KHURAFAT ]
MAKSUD :
- Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat



CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
- mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
- mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
- membuang ancak bagi menghalau hantu
- mengunjungi kubur yang dianggap keramat



FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
- iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat
- terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
- ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal


CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
- menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
- mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
- mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat



AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT
- menyebabkan syirik dan batal iman
- membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
- menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik



[ SIHIR ]
MAKSUD :
- ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia

CONTOH
- menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
- mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
- pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus


PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
- perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
- iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
- ada perasaan benci terhadap seseorang


CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
- mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir
- menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat
- tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut


AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
- merosakkan akidah dan membatalkan iman
- memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
- hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan


HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
- supaya akidah seseorang tetap terpelihara
- supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
- supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar



CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
- membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
- membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
- banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah


[ NIFAK ]
MAKSUD :
- Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah



CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
- berdusta apabila bercakap
- khianat apabila diberi amanah
- bersikap melampaui batas apabila bertengkar
- selalu mungkir janji



CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK
- meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
- bercakap benar apabila berbicara
- bersifat jujur dan amanah
- menunaikan janji


AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK
- menghilangkan sikap percaya-mempercayai
- melemahkan perpaduan masyarakat
- menghancurkan kekuatan umat islam


4. CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN
· Berpegang teguh pada ajaran Allah
· Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah
· Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah



5. KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL
· Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah
· Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah
· Dilaknat dan dibenci oleh Allah
· Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah



6. PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA ORANG FASIK
· Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah
· Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah



ORANG MUNAFIK
· Keimanan mereka berpura-pura sahaja
· Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah


ORANG YANG SEMPURNA IMAN
· Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat Allah
· Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan
· Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan

Saturday, November 19, 2011

ICT UNTUK BERDAKWAH ATAU MENGAIBKAN....???

Penceramah Undangan (dari Sandakan) Ustaz Firdaus Said
"Bicara Dakwah Online Menggunakan ICT"



Sebahagian daripada pelajar Teratak Fitrah yang mengikuti ceramah
"Bicara Dakwah Online Menggunakan ICT"


Penggunaan ICT(Information and communications technology) di era dunia teknologi sekarang boleh dikatakan amat pesat dan mendapat sambutan seperti "pisang panas", terutama dalam media sosial seperti Facebook, Twitter, Google Plus, blog dan sebagainya. Perkembangan ini juga boleh memberi peluang kepada umat Islam untuk terus berdakwah terutama di laman Facebook. Tetapi yang amat menyedihkan bila ada sesetengah pihak yang menggunakan cara berdakwah seolah lebih mengaibkan orang lain daripada menegur secara sopan...

Gambar-gambar yang dipaparkan dalam news feed saban hari memperlihatkan berbagai-bagai gejala dan gelagat yang memang amat mengaibkan seseorang..dah lah tu, tak kurang juga yang 'LIKE' dan nak 'share' lagi kat wall..
Gosip-gosip yang sudah sememangnya 'panas'..dipanas-panaskan lagi dengan 'kipas' yang tak tau bila nak 'switch off'...

Penggunaan blog, group atau page yang dikatakan ingin memperdekatkan diri kepada Allah, mempertahankan maruah Islam daripada ditindas..memperjuangkan sistem khilafah..semuanya menjadi hambar..sekiranya disalahgunakan dan hanya mampu memporak-perandakan lagi keadaan, malah memperhebatkan permusuhan sesama Islam..
Rasanya jika setakat inilah saja 'outcome' yang mampu dihasilkan, lebih baik bubarkan atau tutup saja blog, group atau page tersebut.

Tahukah anda, telah bersabda Rasulullah SAW :
"Tidak akan masuk Syurga selain pengasih."
Lalu mereka bertanya,"Ya Rasulullah, tiap-tiap kami pengasih."
Rasulullah SAW bersabda :
"Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya saja. Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi diri sendiri."

Erti menyayangi diri itu menyayangi dari seksa Allah dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat di samping taat dan ikhlas. Erti menyayangi orang lain adalah tidak menyakiti seorang muslim. Rasulullah SAW bersabda :
"Muslim adalah orang yang menjaga tangan dan lisannya terhadap orang lain. Di samping itu juga menyayangi binatang dan tidak menyeksanya."

Ingatlah bahawa dengan Allah kita boleh memohon ampun, di mana Allah itu Maha Pengampun. Tetapi dosa sesama manusia, perlu kita meminta ampun sesama manusia.
Oleh itu, jika ada sesiapa yang salah, maka haruslah kita terus menegur dan menasihati seseorang itu dengan penuh hemah tanpa mengaibkan dan menyakitinya.

Semoga anda semua dapat renungkan dan berhemah ketika ingin berdakwah di Facebook mahupun media sosial yang lain, pastikan diri kita tidak mengaibkan orang lain. Janganlah kita juga turut sama mengumpul dosa seperti mereka-mereka yang lain.

Sekadar perkongsian, mohon maaf seandainya ada tersilap tutur kata...sesungguhnya niat diri hanya ingin menegur dan mengingati sesama kita terutama untuk diri sendiri..

Tuesday, November 15, 2011

Wednesday, October 12, 2011

Dakwah Through Mosque Tour


boleh hubungi Sdr. Mohd Zikri Zainudin, di talian 0138830445 atau e-mel brozikr@yahoo.com

Monday, October 10, 2011

Konvensyen Pembangunan Saudara Kita

Wisma MUIS

Para juri...


Peserta


Kumpulan Nasyid Cahaya Fitrah

sedih


SAYA SEDIH IBU SELALU BOHONG
(.......Ini sekadar perkongsian, dipersembahkan..
cerita peribadi saya yang benar~ismaily)

MEMANGNYA ibu saya selalu saja bohong. Ini benar. Saya tidak bohong. Saya tidak main-main. Ibu selalu saja berkata tidak benar. Saya tidak tahu kenapa saja ibu selalu demikian sikapnya terhadap saya. Kekadang saya amat kesal sekali.

Apa ibu kamu tidak pernah berbohong seperti ibu saya?

Ibu sudah mengajar saya berbohong sejak saya kecil lagi. Kenapa ibu berbohong? Misalnya ketika di rumah kurang makanan dan makanan ada sedikit saja, lalu ibu berkata kepada saya "makanlah dulu, ibu tidak lapar" Itulah kata-kata ibu selalunya dan saya pun makanlah tanpa fikir apa sebab, saya masih kecil ketika itu, padahal sebenarnya ibu ketika itu belum pun makan dan saya tahu sangat itu.

Ketika saya makan bersama dengan dia, selalu saja ibu menyisihkan makanan isi daging misalnya atau isi ikan dan ketika itu dia minta saya makan yang tadinya disisihkan dan serentak dia berkata yang ibu tidak suka daging dan selalu katanya kenyang dan sudah makan tadinya, tetapi setelah saya kenyang, saya nampak dia hisap tulang2 yang masih ada sisa ikan sikit dalam piring secara sembunyi2. Saya selalu saja terdiam dan tak berkata apa-apa. Ibu memang bohong. Benar2 bohong.

Suatu waktu kala kecil saya memang selalu sakit2an sebab saya ini sahaja seorang anak lelaki dan saya punya kakak tinggal di sembulan dan adik perempuan kerja di jabatan pendidikan sabah bahagian peperiksaan, pejabatnya di Wisma Muis.

dan ketika saya sakit itu, ibu akan mengurut2 kepala saya sambil dia sapukan minyak makan dibubuh bawang putih bakar dan saya pula meletakkan kepala saya di pangkuan ibu dan ibu ketika itu berkata "tidurlah cepat, ibu tidak mengantuk" dan dia terus mengurut dan mengusap-usap kepala saya hingga saya tertidur di pangkuannya dan sampai sekarang saya masih ingat usapan tangan ibu saya itu. ooo tiada sebaik ibu saya di dunia ini.

Ketika saya ke sekolah asas pula di Kampung Brunei Membakut, setiap subuh ibu bangun untuk solat dan siapkan sarapan untuk saya dan bila saya ke sekolah, dia sudah siap menyediakan "bata/makanan" dan dia minta saya duluan sarapan dan bila nantinya ke sekolah dia segera titipkan makanan tadi dalam beg saya untuk saya makan di sekolah kala lapar katanya. itu saban hari dilakukan oleh ibu saya itu.

Bila saya bekerja di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan punya gaji yang cukup itu kira-kira tahun 1974, ada juga saya hantar wang setiap bulan kepadanya di kampung dan ada pula saya serahkan wang itu bila saya sendiri pulang ke kampung, kalian tahu apa dia cakap? katanya "simpanlah sahaja untuk keperluanmu sebab ibu masih punya wang dan keperluan cukup di rumah" itulah selalu yang ibu perkatakan kepada saya dan saya masih ingat kata-kata itu.

ketika ibu sudah tua, dia sakit2 dan saya ajak untuk tinggal bersama saya, tetapi dia tidak mahu kerana katanya "jaga anak2 baik2 dan jaga adikmu yang tinggal bersama" katanya dan tiada siapa yang menjaga rumah di Kampung Brunei itu dan ketika saya sedih dan menangis di depannya kerana melihat ibu sakit tenat, lalu ibu berkata kepada saya "jangan menangis anakku, ibu hanya demam sikit dan tidak perlu susah hati. Ibu hanya demam biasa saja. esok lusa bakal sembuh juga"

Yang jelas sekarang ibu sudah tiada. Dia sudah pergi. pergi buat selama-lamanya. Meski saya sempat menghantar ayah dan ibu ke Mekah termasuk kakak saya dan ipar, tetapi saya rasa saya belum puas memberikan apa-apa kepada ibu dan ayah. Budi baik kasih sayang ibu terlalu mahal untuk saya nilai.

Yang paling mengharukan saya ketika ibu dan ayah sudah tiada, lalu saya buka beg ibu yang terkunci dan saya lihat wang yang saya kirim sekian banyak setiap bulan masih terdapat dalam beg terkunci itu dan wang itu masih dalam sampul dan katanya kakak pesan ibu begini.

"itu wang dia tidak mahu belanjakan dan katanya kalau dia tiada, serah saja sama kamu untuk kegunaan masa depan seperti digunakan bila mendesak. ambillah!" Saya tersentak, tertunduk diam dan sampai sekarang saya selalu saja ingat dan kekadang kesal, kenapa saja ibu selalu membohongi saya.

Nah, kerana itu saya juga selalu berbohong sama kawan2 dan makanya saya selalu mengatakan saya sihat meski sebenarnya sakit dan ini pernah saya diam2 tak seorang pun tahu kala saya sakit memandu ke rumah sakit dan kata doktor kalau saja saya lambat pasti sudah tiada dan saya diam sendirian di rumah sakit queen dan dari situ sesudah sembuh saya ke jepun dan lama tinggal di Chiba Jepun.

Tiada lagi wanita yang paling syurga dalam hidup saya ini selain ibu saya sendiri yang namanya Halimah Arif dan kerana itulah saya kurang percaya kepada wanita lain tentang baiknya mereka, apa lagi yang selalu bersikap kasar dan marah-marah kepada saya dan kalau ada demikian maka saya akan diam dan menjauh secara diam.

al-Fatihah untuk arwah ibu dan ayah saya yang sudah lama tiada dan hari inilah/waktu semacam inilah ibu saya meninggalkan saya buat selamanya.

saya tulis nota ini untuk mengingat ibu dan tentunya kamu juga punya ibu dan jagalah ibu kamu yang masih ada. sayangi mereka dan jangan berkata "ah!" kepada mereka dan nabi sendiri ketika ditanya siapa saja yang dia sayang, lalu nabi menjawab pertama, kedua, ketiga dan seterusnya jawabannya sama iaitu tetap IBU.

Hiba, sedih, rawan, perit, terluka, jauh hati dan tak ada lagi bahasa yang dapat saya perkatakan dan bayangkan akan keadaan ini.

salam dan maafkan saya kerana menulis hal ini buat tatap kalian yang saya sayangi!

diambil

Tuesday, September 27, 2011

Kebangkitan Islam



10 Titik Kebangkitan Islam Daripada Angan-Angan Kepada Realiti
Dipetik dari website:http://permataperjuangan.blogspot.com/2011/07/10-titik-kebangkitan-islam-daripada.html

Sesungguhnya Allah SWT telah mengurniakan kita sebagai ummat Islam dengan kemuliaan Islam itu sendiri dan telah menjadikan Islam dan Iman itu sebagai sebagai dua nikmat yang paling terpuji sehinggakan Allah SWT telah mendedikasikan di dalam firmanNya di dalam surah Al-Maidah ayat 3 :

“Pada hari ini telah Ku-sempurnakan bagimu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam jadi agama bagimu”.



Maka, Allah SWT telah mewahyukan satu risalah yang penting kepada Nabi Muhammad SAW yang mana risalah tersebut merangkumi syari’at yang ditetapkan dan Baginda juga adalah penghulu kepada sekalian Nabi dan Rasul dan Al-Quran itu sebagai penghulu dan pemacu kearah kebangkitan Islam yang diturunkan oleh Allah SWT sebagaimana ummat Nabi Muhammad SAW sebagai rantaian kepada perjuangan Baginda SAW.

Sabda Rasulullah SAW: “Akan ada setiap seratus tahun seorang ketua yang akan menjadi pentajdid kepada ummat ini”.

Kita akan melihat pentajdid-pentajdid ini kadang-kadang muncul atas kesedaran individu, kadang-kadang secara berkumpulan atau kadang-kadang secara bermasyarakat untuk melaksanakan konsep pembaharuan kepada ummat ini.

Sebagaimana janji Allah SWT Al-Quran dan As-Sunnah itu tetap terpelihara, sebagaimana itu jugalah ummat Nabi Muhammad SAW akan diberi kemenangan dan kekuasaan di bumi ini. Walaupun mutakhir ini kita melihat musuh-musuh Islam tidak pernah lekang meguasai penjajahan terhadap negara-negara Islam tidak kiralah dalam bentuk serangan bersenjata atau serangan dalam bentuk pemikiran sebagaimana yang telah pada zaman ini.

Allah SWT telah menyatakan di dalam surah An-Nur ayat 55 :

“Dan Allah SWT telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar ( keadaan ) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersukutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik”.

Sebagaimana yang kita lihat tentang kebangkitan ini, ia adalah merupakan suatu kebangkitan yang mencakupi semua aspek iaitu kebangkitan dari segi akal dan pemikiran, hati dan jiwa, kehendak dan keazaman, perbuatan dan akhlak, kesedaran dan dakwah serta kesungguhan.

Dan sesungguhnya ia perlulah di aplikasikan melalui medium pendidikan dan ilmuan serta masyarakat, ekonomi dan politik sehinggalah kepada tentera-tentera dan ini apa yang dapat kita lihat di negara Palestin, Afghanistan dan di Kashmir serta beberapa buah negara yang lain.

Maka kebangkitan inilah yang perlu diadaptasikan supaya kegemilangan Islam itu akan dapat dikecapi kembali. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh seorang Ulama Kontemporari masa kini, Al-Imam Dr Yusuf Al-Qardawi berkenaan sepuluh prinsip di dalam kitab beliau iaitu Kebangkitan Islam daripada angan-angan kepada realiti. Antara sepuluh prinsip tersebut ialah :

1) Daripada Konsep Luaran Dan Zahir Kepada Hakikat Dan Intipati

Prinsip pertama yang telah diperkatakan ialah manusia perlu mengubah persepsi mementingkan konsep luaran dan zahir kepada konsep hakikat dan intipati.

Sebahagian orang Islam hanya dikenali diukur melalui rupa dan bentuk bukan pada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Kita perlu mengetahui bahawasanya keimanan seseorang itu akan menyelamatkannya daripada api neraka dan ia dikira layak untuk menduduki syurga Allah SWT serta akan memperolehi perlindungan dan rahmat Allah SWT di dunia.

Sebagaimana contoh, agama Islam itu adalah sebagai pegangan dan hakikatnya adalah mengesakan Allah SWT. Ibadat hakikatnya adalah mencapai ikhlas kepada Allah SWT, dan mu’amalat maka hakikatnya adalah kebenaran. Maka sesiapa yang memandang enteng terhadap perkara tersebut maka sesungguhnya dia telah menghilangkan atau melanggari konsep yang dikehendaki oleh Islam pada aspek akidah, ibadah dan mu’amalah.

Oleh sebab yang demikian keimanan dan ketaqwaan adalah hakikat sebenar kita diciptakan di muka bumi Allah SWT dan ia merupakan kunci yang sebenar dalam memandu hati orang-orang yang beriman dan memberikan cahaya serta sistem yang betul. Ia juga merupakan satu kekuatan peransang untuk mendorong manusia kepada melaksanakan amalan-amalan soleh dan berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan.

Allah SWT telah menyatakan : “Maka sesiapa yang beriman dengan Allah diberi petunjuk hatinya”. ( At-Taghabun : 11 ).

2) Daripada Konsep Perdebatan Dan Pertelingkahan Kepada Konsep Bekerja Dan Berkorban

Konsep seperti ini adalah antara ciri-ciri yang jelas dalam aspek keremajaan dalam kebangkitan Islam, iaitu bermalas-malas dalam berkata-kata atau banyak berkata-berkata atau bertelingkah yang tidak memberi sebarang manfaat berbanding konsep bekerja yang menghasilkan manfaat kepada manusia dan bumi.

Ia juga perlu dijauhi daripada membicarakan peristiwa-peristiwa lampau dan bermegah-megah akan perkara tersebut tanpa ada sebarang tindakan melalui perbuatan mahupun anggota tubuh badan yang mana perkara tersebut akan menjadikan peribadi seseorang muslim hari ini lebih baik dari semalam dan esok itu adalah lebih baik dari hari ini.

Allah SWT telah menyatakan : “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada ( Allah ) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”.



3) Daripada Konsep Sentimental dan Emosi kepada Konsep Rasional dan Terbuka

Tidak menafikan akan emosi dan perasaan itu adalah sebahagian daripada kejadian dan keadaan manusia itu dan pastinya ia saling berhubung-kait dengan akal dan pemikiran manusia. Akal manusia adalah puncak kepada jasad dan tubuhnya dan ia juga merupakan kunci kepada perbuatan manusia yang waras.

Bahawasanya kemantapan akal pemikiran itu apabila kekuatan iman serta keikhlasan yang jitu menghiasi padanya. Inilah yang telah diungkapkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna seorang pentajdid kepada kebangkitan Islam dalam risalahnya kepada pemuda. Akal yang membezakan manusia dan haiwan dan ia merupakan syarat yang telah dipertanggugjawabkan Allah SWT terhapad manusia.

Oleh yang demikian prinsip ini menerangkan kepada kita bahawa manusia tidak dituntut beremosi dan mengikut hawa nafsu bahkan apa yang dikehendaki adalah rasional dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Allah SWT telah menyatakan di dalam Al-Quran akan pelbagai sifat sentimental yang mengikut landasan syariat dan ia merupakan satu kurniaan kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih sebagaimana di dalam surah Al-Anfal : 2 :

“Sesungguhnya orang-orang mukmin apabila disebutkan Allah SWT bergetar hati-hati mereka dan apabila dibacakan keatas mereka ayat-ayat Allah SWT maka bertambahlah iman mereka”.

4) Daripada Konsep Menumpukan Perkara Cabang Kepada Konsep Perkara Prinsip dan Asas

Sebagaimana yang telah berlaku sebahagian daripada kebangkitan Islam era moden iaitu pertelingkahan yang berlebihan terhadap perkara-perkara cabang seperti perkara-perkara sunat daripada perkara wajib, perkara yang makruh daripada perkara pengharaman kepada perkara prinsip, menyeluruh serta asas seperti kewajipan yang diperintahkan dan pengharaman bahkan dosa-dosa besar pada perkara-perkara yang dilarang.

Pertelingkahan kepada perkara-perkara cabang akan mendatangkan beberapa perkara yang bercanggah iaitu ia bersalahan dengan konsep yang sebenar Al-Quran dan As-Sunnah yang telah diturunkan selama 23 tahun dan telah juga menerangkan prinsip dan asas akidah dan akhlak serta amalan-amalan yang ditanam dalam jiwa dan pemikiran. Ini dapat dilihat pada konsep surah dan ayat yang diturunkan di mekah sebelum daripada hijrah Nabi Muhammad SAW.

Adapun mengenai konsep ayat dan surah yang diturunkan di Madinah ia menjuruskan kepada pelaksanaan dan pensyari’atan serta memperincikan lagi sistem yang berkaitan agama Islam.

Konsep perkara-perkara cabang ini juga tidak akan ada penghujung dan ia terlalu banyak dan juga terbatas pada kemampuan sebenar manusia.

5) Daripada Konsep Kesukaran dan Pengasingan diri Kepada Konsep Sederhana Dan Bermasyarakat

Allah SWT telah menyatakan di dalam firmanNya : “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” ( surah Al-Baqarah : 185 ).

Ini adalah sebahagian contoh yang tercatat padanya di dalam Al-Quran yang mana ini adalah sebahagian perintah Allah SWT dan Allah SWT tidak membebankan sesuatupun terhadap hamba-hambanya sebagaimana ayat di atas. Nabi Muhammad SAW telah juga memerintahkan akan sekalian ummatnya supaya bermudah-mudah dalam perkara-perkara yang berkaitan dan tidak membebankan diri.

Ini dijelaskan lagi di dalam satu Hadis Baginda SAW yang mana ketika Baginda telah mengutuskan dua orang sahabatnya iaitu Muaz Bin Jabal Al-Anshori dan Abu Musa Al-Asy’ari ke Yaman supaya menjalankan kerja-kerja dakwah di sana.

Ini dijelaskan dalam suatu ungkapan yang ringkas dan memberi pengertian yang cukup jitu, iaitu sabda Nabi SAW : “Bermudah-mudahlah dan jangan memayahkan dan berilah berita gembira dan jangan mengasingkan diri serta ikhlaskan diri dan jangan membelakangi”.

6) Daripada Konsep Kebekuan Dan Mengikut Secara Melulu Kepada Konsep Penyelidikan Dan Pembaharuan

Kehidupan yang bercirikan Islam ketika berkembangnya tamadun kita adalah suatu kehidupan pembaharuan dalam kesemua aspek agama, ilmu, peradaban, perindustrian dalam kesemua lapangan kemajuan dan tamadun.

Maka bila mana terdapat perkembangan ilmu dan teknologi yang meluas ia menuntut kepada suatu pengkajian dan penyelidikan supaya hukum yang dikeluarkan bertepatan dengan tamadun serta peradaban yang ada sekarang.

Oleh yang demikian prinsip ini mendidik supaya meluangkan masa dan tenaga secara semaksima mungkin supaya kebangkitan Islam itu bukan lagi angan-angan, bahkan ia menjadi suatu realiti.

Terdapat beberapa perkara yang menjadi kesukaran dalam berijtihad sehingga menyebabkan kita bertaqlid, akan tetapi perkara-perkara ini bukanlah berterusan dan ia perlulah kembali kepada sumber-sumber yang utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah bukan berdasarkan kepada akal dan mengikut semata-mata.

Adapun mengenai As-Sunnah ia merupakan perincian dan pentafsiran kepada Al-Quran yang mana Al-Quran menerangkan secara umum dan akan diperincikan melalui Hadis Nabi Muhammad SAW. Allah SWT menyatakan:

“Dan Kami telah menurunkan Al-Quran untuk kamu menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka berfikir”. ( An-Nahl : 44 ).

Allah SWT telah menciptakan akal dan setiap yang waras mampu untuk berfikir luar daripada kotak pemikiran,akal juga mampu untuk mengkaji dan menyelidik sehingga mencapai kepada hakikat.

7) Daripada Konsep Fanatik Dan Terkunci Kepada Konsep Bertolak Ansur Dan Bebas.

Konsep fanatik sebagaimana yang diperkatakan ialah seseorang manusia itu dikunci pemikirannya tertumpu kepada pemikiran tertentu tanpa ada sikap bertolak ansur bagi dirinya iaitu ruang berbicara tentang perselisihan dalam permasalahn akidah atau pemikiran atau pada permasalahan fiqh atau politik dan tidak ada juga sikap tolak ansur dalam menasihati terhadap dirinya. Bahkan menganggap pandangannya itu adalah betul yang tiada padanya itu sebarang kepincangan dan juga menganggap pandangan selainnya adalah salah dan terdapat kepincangan padanya.

Oleh yang demikian inilah diantara fanatik yang sangat dikeji dan ia merupakan fanatik secara membuta tuli terhadap akidah atau pegangan atau pemikiran atau pandangan atau masyarakat dan sebagainya. Allah SWT telah menyatakan terhadap utusanNya :

“Maka berpeganglah kamu dengan yang telah diwahyukan kepada kamu, sesungguhnya kamu berada di jalan yang benar”. ( Az-Zukhruf: 43 ).

Ini juga diceritakan di dalam Al-Quran tentang perbuatan fanatik sesama mereka dalam berhadapan dengan dakwah Nabi Muhammad SAW : Firman Allah SWT : “Mereka berkata :Hati-hati kami berada dalam tutupan (yang menutupi) apa yang kamu seru kami kepadanya dan di telinga kami ada sumbatan dan antara kami dan kamu ada dinding, maka bekerjalah kamu, sesungguhnya kami bekerja pula”. ( surah Fusshilat : 5 ).

8) Daripada Konsep Melampau Batas Kepada Konsep Bersederhana

Konsep Islam terhadap ummat Islam adalah pertengahan iaitu seumpama jalan yang lurus, dalam setiap lapangan dan konsep pertengahan ini adalah semua perkara dalam akidah, dalam ibadah, dalam akhlak, dalam mu’amalah dan pensyari’atan yang menjauhi konsep berlebihan dan melampaui batas.

Tidak akan wujud kebangkitan Islam yang berealiti kecuali di sana terdapat kesedaran terhadap prinsip ini iaitu membina dengan konsep pertengahan dan bersederhana yang tidak akan memberi sebarang kerugian.

Adapun hal berpaling daripada konsep bersederhana kepada konsep melampaui batas ini telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis Baginda iaitu : “Jauhilah kamu dalam melampau-lampau terhadap agama, maka sesungguhnya kaum yang telah binasa sebelum daripada kamu adalah disebabkan berlebih-lebih dan melampau dalam agama”. Hadis ini menerangkan tentang faktor kepada kebinasaan ummat terdahulu.

9) Daripada Konsep Keganasan Dan Kebencian Kepada Konsep Kasih Sayang

Sesungguhnya sistem dakwah Islam adalah berkonsepkan kepada kasih sayang dan berkasihan dan jauh sekali ia berkonsepkan kepada kebencian dan keganasan. Allah SWT telah menyatakan di dalam firmanNya :

“Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan kebijaksanaan serta bantahlah mereka dengan cara yang baik”. ( surah An-Nahl : 125 ).

Maka para Rasul dan utusan Allah SWT telah melaksanakan kerja-kerja dakwah secara berhikmah dan berkasih sayang dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji.

Daripada Aisyah R.A katanya : “Sesungguhnya Allah SWT adalah penyayang dan Dia sukakan akan sifat penyayang, dan Dia mengurniakan sifat penyayang itu sebagaimana Dia tidak mengurniakan sifat berdendam dan Dia tidak mengurniakan apa yang menyalahi sifatNya”.

10) Daripada Konsep Pertelingkahan Dan Percanggahan Kepada Konsep Penggabungan

Sesungguhnya perpecahan dan percanggahan itu adalah sesuatu wabak dan penyakit yang berbahaya yang telah disebut oleh Rasulullah SAW sebagai “penyakit ummat” iaitu kebencian dan kedengkian (Telah menjalar kepada kamu penyakit ummat daripada sebelum kamu : Dengki dan Benci, benci adalah pengikis dan Aku tidak mengatakan pengkikis kepada rambut, akan tetapi pengkikis agama).

Bahkan ia telah menjatuhkan akan negara Islam yang agung sebelum daripada ini. Allah SWT telah mengingatkan para RasulNya melalui firmanNya :

“Dan janganlah kamu berbantah-bantah, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu”.

Sabda Nabi Muhammad SAW : “Janganlah kamu berbantah-bantah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu mereka suka berbantah-bantah maka mereka telah binasa”.


Ringkasan Kitab dan Terjemahan : AS-SOHWAH AL-ISLAMIYAH MINAL MURAHAQAH ILA RUSD - KEBANGKITAN ISLAM DARIPADA ANGAN-ANGAN KEPADA REALITI (DR YUSOF QARDHAWI)

Rujuk:
http://permataperjuangan.blogspot.com/2011/07/10-titik-kebangkitan-islam-daripada.html

Wednesday, September 21, 2011

Tuesday, September 6, 2011

Saturday, September 3, 2011

SALAM AIDILFITRI

Sdr. Abu Bakar Ongkosing
PRESIDEN SAHABAT
&
AHLI-AHLINYA

Mengucapakan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Kepada
SEMUA WARGA
PERTUBUHAN KEBAJIKAN SAUDARA KITA
(SAHABAT)
&
MUSLIMIN MUSLIMAT


Sunday, August 28, 2011

Masih ada yang sayang

Tn. Marsus Jabar, Pengarah Hidayah Centre Sabah menyampaikan sumbangan.


Ust. Akmal menyampaikan sumbangan kepada para mualaf

Tuesday, August 16, 2011

MAJLIS IFTAR PERDANA / BERBUKA PUASA

Borang Belian/Sumbangan MIPHC Sabah 2011

Terima kasih diatas keperhatinan anda. Semoga dibulan yang penuh berkat ini sumbangan anda diberi ganjaran oleh Allah azzawajall. Untuk membuat belian/sumbangan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Sabah anda hanya perlu lakukan langkah berikut: 1. Pastikan belian/sumbangan anda adalah sebagai mewakili syarikat atau peribadi 2. Pilih pakej belian/sumbangan seperti di bawah a) Pakej 1 @ 10 kerusi - RM 5,000 b) Pakej 2 @ 10 kerusi - RM 3,000 c) Pakej 3 @ 10 kerusi - RM 1,000 d) 1 Kerusi @ RM 100 e) Sumbangan Ikhlas - RM Seikhlas Hati 3. Masukkan wang sumbangan anda ke akaun Hidayah Centre (Bank Islam - 100 160 100 110 96 / Cek atas nama "Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Cawangan Sabah") 4. Isi borang dibawah. Gunakan ruang "message" untuk menyampaikan informasi tambahan atau pesanan anda ke Hidayah Centre Sabah. Setelah lengkap diisi sila klik butang "Submit" Terimah Kasih Veddin Ismail (Bendahari Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Sabah 2011)

* Required

Tuesday, August 2, 2011

Jom puasa

Perjuangan belum selesai...



kepimpinan...


teruskan....





ilmu adalah kuasa...







fokus....









dakwah melalui nasyid...











Berpuasa didefinisikan sebagai periode tubuh yang pantang mengasup semua jenis makanan atau makanan tertentu. Bertolak belakang dengan persepsi bahwa berpuasa memburuk kesehatan tubuh, puasa justru memiliki banyak manfaat bagi tubuh.Menurut AJ Carlson, Profesor Fisiologi di Universitas Chicago seperti dikutip dari MedIndia menyatakan, orang sehat dan tidak memiliki masalah stres serta gangguan emosi dapat bertahan tanpa makanan selama 50-75 hari. Setiap pon lemak manusia setara dengan 3.500 kalori yang bisa digunakan untuk melakukan aktivitas fisik berat seharian.














Berikut beberapa efek positif berpuasa.







Menyembuhkan dengan cepatHari-hari awal berpuasa merupakan fase tersulit. Tubuh akan mengeluarkan sejumlah besar racun melalui aliran darah, pori dan organ pembuangan lain. Ini terlihat dari menebalnya lapisan lidah dan nafas yang biasanya lebih berbau pada hari-hari pertama.Setelah puasa berlanjut pada hari-hari setelahnya, proses pembersihan tubuh disempurnakan. Lemak tubuh yang tidak bermanfaat, racun yang terakumulasi dalam sel tubuh akan dikeluarkan. Sel yang sakit, sel-sel mati, lapisan lendir menebal di dinding usus, limbah aliran darah dikeluarkan lewat hati, limpa, dan ginjal.














Tubuh akan menggunakan mineral penting dan vitamin untuk membuang racun dan jaringan tua. Saat beban racun tubuh berkurang, efisiensi setiap sel ditingkatkan. Sehingga mempercepat proses penyembuhan dan sekaligus menghemat energi.Lebih EnergikMengapa orang merasa lebih energik setelah berpuasa? Selain itu, rasa lapar orang yang berpuasa berkurang dibandingkan saat normal.














Tidak banyak yang mengetahui bahwa tubuh memerlukan energi besar untuk mencerna makanan. Puasa mengistirahatkan sistem pencernaan. Sehingga energi disimpan untuk menyembuhkan diri dan memperbaiki sel tubuh.Energi akan digunakan untuk membersihan dan detoksifikasi usus, darah, serta menyembuhkan sel-sel tubuh dari berbagai penyakit. Puasa meningkatkan kekebalan tubuh, meningkatkan kesehatan fisik dan mental serta meremajakan tubuh.














Manfaat khusus- Mengatasi kecanduan kafein, rokok, nikotin, narkoba dan alkohol. - Puasa membantu menurunkan kadar kolesterol.- Puasa mengurangi gangguan sistem pencernaan seperti sembelit, kembung, dan gastritis.- Puasa dengan kontrol pada penderita diabetes membuat perubahan gaya hidup dan pola makan sehingga akan memperbaiki kondisi mereka.- Puasa meningkatkan kewaspadaan mental. Racun yang dibersihkan dari sistem limfatik meningkatkan konsentrasi dan energi untuk melakukan aktivitas.


























diambil dari:














Saturday, July 16, 2011

Kebangkitan Islam kali ke 2 akhir zaman???



PERKARA: Kebangkitan Islam kali ke 2 akhir zaman






SOALAN: Ustaz, melalui orang dakwah saya sering mendengar tentang kebangkitan islam kali ke 2 di sebelah timur . kebangkitan kali ini di terajui oleh orang melayu dari malaysia katanya. Boleh ustaz kemukakan hujah yang mudah saya fahami tentang perkara ini?






JAWAPAN: Tuhan telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Tuhan untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul. Maka diceritakanlah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan mene­rima takdir yang bakal berlaku.Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah:Rasulullah SAW bersabda:Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai­ma­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengang­kat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekha­lifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fit­nah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah ke­hen­daki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pe­nin­dasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berla­ku­lah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekha­lifahan (Imam Mah­di dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”(Riwayat Ahmad)Demikianlah Tuhan telah siapkan satu grand design untuk umat Rasulullah SAW. Kini, sesudah lebih 1400 tahun ke­wafatan Nabi penutup SAW, sebahagian besar dari jadual atau agenda dalam Hadis di atas sudah berlaku. Melalui Hadis ini, terdapat satu janji Tuhan yang belum berlaku tapi bakal ber­laku tidak lama lagi iaitu Islam akan kembali gemilang seperti Zaman Kenabian di akhir zaman di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.Jadual Tuhan yang Telah BerlakuTelah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif.


Berikut adalah dua jadual besar positif yang telah pun berlaku.1. Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan IslamKetika menggali parit dalam persiapan peperangan Khandaq, Rasulullah telah memberitahu para Sahabat bahawa Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan umat Islam.Rom dan Farsi ketika itu adalah dua super power dunia, bagaikan Amerika dan Rusia (sebelum kejatuhannya dalam tahun 80-an). Dan ternyata Hadis itu terbukti dengan jatuh­nya Romawi Timur dan Farsi ke tangan tentera Islam pada zaman Khalifah Umar Al Khattab. Bahkan jadual ini Tuhan nyatakan dalam firman-Nya:Maksudnya: “Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah ja­jah­an­nya dan mereka (Rom) selepas itu akan menga­lah­­kan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada se­be­lum dan selepas, semuanya dalam urusan (jadual) Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang mukmin bergem­bira dengan pertolongan Allah itu.” (Ar Rum: 2-4)2. Konstantinopel jatuh ke tangan IslamRasulullah SAW bersabda:Maksudnya: “Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampaui batas, tidak mencuri dan (rakyat) tidak menipu dan tidak bergaul bebas.” (Riwayat Al Imam Abu Hassan Ahmad bin Jaafar) – Dipetik dari kitab Al Uq­dud­­durar fi akhbar Al Muntazar.Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:Maksudnya: “Pasti Konstantinopel akan dibuka (ditakluk), dan sebaik-baik ketua adalan ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.” (Riwayat Ahmad dan Hakim dari Busyr Al Ghanawi)Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk me­re­but janji Tuhan tentang kejatuhan Konstantinopel itu, dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji tersebut. Te­tapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewa­fatan Rasulullah.



Hal ini baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Lalu dari situlah munculnya Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada tiga benua dengan 29 negara di bawah takluknya. Hingga hari ini kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kege­milangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.Jadual Tuhan untuk umat Islam akhir zamanTuhan telah menyiapkan satu jadual untuk umat akhir zaman. Maka kita sepatutnya berjuang dan berlumba-lumba untuk membuktikannya sebagaimana para Sahabat dahulu. Antara janji-janji Tuhan dalam jadual-Nya untuk zaman ini seperti berikut:1. Kegemilangan Islam akan berulang di akhir zamanDan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda:Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keturunanku atau kaum keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebe­lum­nya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.” (Ri­wa­yat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)2. Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari TimurSabda Rasulullah SAW:Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia.


Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye­rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba­gai­mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)3. Setiap awal kurun Allah akan datangkan mujaddid (reformer)Rasulullah SAW bersabdaMaksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya Allah mengu­tus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujad­did) yang akan memperbaharui urusan agama mereka.” (Ri­wayat Abu Daud)4. Imam Mahdi mujaddid dan khalifah akhir zamani. Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda :Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.” (Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)ii. Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain:Dari Abu Nu’aim mengeluarkan dari Abi Said dan Nabi SAW katanya: “Al Mahdi daripada kami Ahlul Bait, seorang lelaki dari umatku, mancung hidungnya. Dia memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana ia di­penuhi ke­zaliman.”iii. Sabda Rasulullah SAW lagi:Dan telah mengeluarkan Abu Na’im dan Al Khatib dalam Talkhis Al Mutasyabih dari Ibnu Umar katanya sabda Rasulullah SAW: “Akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang menyeru: Inilah Al Mahdi dan ikutilah dia.”


DIPETIK DARI RUJUKAN LUAR.

Saturday, June 25, 2011

Selamat Datang