Penceramah Undangan (dari Sandakan) Ustaz Firdaus Said
"Bicara Dakwah Online Menggunakan ICT"
Sebahagian daripada pelajar Teratak Fitrah yang mengikuti ceramah
"Bicara Dakwah Online Menggunakan ICT"
"Bicara Dakwah Online Menggunakan ICT"
Penggunaan ICT(Information and communications technology) di era dunia teknologi sekarang boleh dikatakan amat pesat dan mendapat sambutan seperti "pisang panas", terutama dalam media sosial seperti Facebook, Twitter, Google Plus, blog dan sebagainya. Perkembangan ini juga boleh memberi peluang kepada umat Islam untuk terus berdakwah terutama di laman Facebook. Tetapi yang amat menyedihkan bila ada sesetengah pihak yang menggunakan cara berdakwah seolah lebih mengaibkan orang lain daripada menegur secara sopan...
Gambar-gambar yang dipaparkan dalam news feed saban hari memperlihatkan berbagai-bagai gejala dan gelagat yang memang amat mengaibkan seseorang..dah lah tu, tak kurang juga yang 'LIKE' dan nak 'share' lagi kat wall..
Gosip-gosip yang sudah sememangnya 'panas'..dipanas-panaskan lagi dengan 'kipas' yang tak tau bila nak 'switch off'...
Penggunaan blog, group atau page yang dikatakan ingin memperdekatkan diri kepada Allah, mempertahankan maruah Islam daripada ditindas..memperjuangkan sistem khilafah..semuanya menjadi hambar..sekiranya disalahgunakan dan hanya mampu memporak-perandakan lagi keadaan, malah memperhebatkan permusuhan sesama Islam..
Rasanya jika setakat inilah saja 'outcome' yang mampu dihasilkan, lebih baik bubarkan atau tutup saja blog, group atau page tersebut.
Tahukah anda, telah bersabda Rasulullah SAW :
"Tidak akan masuk Syurga selain pengasih."
Lalu mereka bertanya,"Ya Rasulullah, tiap-tiap kami pengasih."
Rasulullah SAW bersabda :
"Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya saja. Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi diri sendiri."
Erti menyayangi diri itu menyayangi dari seksa Allah dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat di samping taat dan ikhlas. Erti menyayangi orang lain adalah tidak menyakiti seorang muslim. Rasulullah SAW bersabda :
"Muslim adalah orang yang menjaga tangan dan lisannya terhadap orang lain. Di samping itu juga menyayangi binatang dan tidak menyeksanya."
Ingatlah bahawa dengan Allah kita boleh memohon ampun, di mana Allah itu Maha Pengampun. Tetapi dosa sesama manusia, perlu kita meminta ampun sesama manusia.
Oleh itu, jika ada sesiapa yang salah, maka haruslah kita terus menegur dan menasihati seseorang itu dengan penuh hemah tanpa mengaibkan dan menyakitinya.
Semoga anda semua dapat renungkan dan berhemah ketika ingin berdakwah di Facebook mahupun media sosial yang lain, pastikan diri kita tidak mengaibkan orang lain. Janganlah kita juga turut sama mengumpul dosa seperti mereka-mereka yang lain.
Sekadar perkongsian, mohon maaf seandainya ada tersilap tutur kata...sesungguhnya niat diri hanya ingin menegur dan mengingati sesama kita terutama untuk diri sendiri..
No comments:
Post a Comment