Pertubuhan SAHABAT adalah sebuah entiti mualaf yang berdaftar dengan ROS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak berasaskan keuntungan dan bergerak secara sukarela. Fungsi utama SAHABAT ialah mencari DANA untuk survival Pusat Bimbingan Teratak Fitrah, Rumah Kebajikan Likas dan menggerakkan Khidmat Sosial (amal jariah) serta memenuhi objektif penubuhan SAHABAT. Pusat ini mendapat dokongan yang padu dari JHEAINS, JAKIM, PZS (MUIS), CONCERN (Majlis Gabungan NGO Islam Sabah), NGO, pendakwah bebas dan lain-lain. SAHABAT boleh dihubungi di teratakfitrah@yahoo.com.
Wednesday, October 12, 2011
Monday, October 10, 2011
sedih
SAYA SEDIH IBU SELALU BOHONG
(.......Ini sekadar perkongsian, dipersembahkan..
cerita peribadi saya yang benar~ismaily)
MEMANGNYA ibu saya selalu saja bohong. Ini benar. Saya tidak bohong. Saya tidak main-main. Ibu selalu saja berkata tidak benar. Saya tidak tahu kenapa saja ibu selalu demikian sikapnya terhadap saya. Kekadang saya amat kesal sekali.
Apa ibu kamu tidak pernah berbohong seperti ibu saya?
Ibu sudah mengajar saya berbohong sejak saya kecil lagi. Kenapa ibu berbohong? Misalnya ketika di rumah kurang makanan dan makanan ada sedikit saja, lalu ibu berkata kepada saya "makanlah dulu, ibu tidak lapar" Itulah kata-kata ibu selalunya dan saya pun makanlah tanpa fikir apa sebab, saya masih kecil ketika itu, padahal sebenarnya ibu ketika itu belum pun makan dan saya tahu sangat itu.
Ketika saya makan bersama dengan dia, selalu saja ibu menyisihkan makanan isi daging misalnya atau isi ikan dan ketika itu dia minta saya makan yang tadinya disisihkan dan serentak dia berkata yang ibu tidak suka daging dan selalu katanya kenyang dan sudah makan tadinya, tetapi setelah saya kenyang, saya nampak dia hisap tulang2 yang masih ada sisa ikan sikit dalam piring secara sembunyi2. Saya selalu saja terdiam dan tak berkata apa-apa. Ibu memang bohong. Benar2 bohong.
Suatu waktu kala kecil saya memang selalu sakit2an sebab saya ini sahaja seorang anak lelaki dan saya punya kakak tinggal di sembulan dan adik perempuan kerja di jabatan pendidikan sabah bahagian peperiksaan, pejabatnya di Wisma Muis.
dan ketika saya sakit itu, ibu akan mengurut2 kepala saya sambil dia sapukan minyak makan dibubuh bawang putih bakar dan saya pula meletakkan kepala saya di pangkuan ibu dan ibu ketika itu berkata "tidurlah cepat, ibu tidak mengantuk" dan dia terus mengurut dan mengusap-usap kepala saya hingga saya tertidur di pangkuannya dan sampai sekarang saya masih ingat usapan tangan ibu saya itu. ooo tiada sebaik ibu saya di dunia ini.
Ketika saya ke sekolah asas pula di Kampung Brunei Membakut, setiap subuh ibu bangun untuk solat dan siapkan sarapan untuk saya dan bila saya ke sekolah, dia sudah siap menyediakan "bata/makanan" dan dia minta saya duluan sarapan dan bila nantinya ke sekolah dia segera titipkan makanan tadi dalam beg saya untuk saya makan di sekolah kala lapar katanya. itu saban hari dilakukan oleh ibu saya itu.
Bila saya bekerja di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan punya gaji yang cukup itu kira-kira tahun 1974, ada juga saya hantar wang setiap bulan kepadanya di kampung dan ada pula saya serahkan wang itu bila saya sendiri pulang ke kampung, kalian tahu apa dia cakap? katanya "simpanlah sahaja untuk keperluanmu sebab ibu masih punya wang dan keperluan cukup di rumah" itulah selalu yang ibu perkatakan kepada saya dan saya masih ingat kata-kata itu.
ketika ibu sudah tua, dia sakit2 dan saya ajak untuk tinggal bersama saya, tetapi dia tidak mahu kerana katanya "jaga anak2 baik2 dan jaga adikmu yang tinggal bersama" katanya dan tiada siapa yang menjaga rumah di Kampung Brunei itu dan ketika saya sedih dan menangis di depannya kerana melihat ibu sakit tenat, lalu ibu berkata kepada saya "jangan menangis anakku, ibu hanya demam sikit dan tidak perlu susah hati. Ibu hanya demam biasa saja. esok lusa bakal sembuh juga"
Yang jelas sekarang ibu sudah tiada. Dia sudah pergi. pergi buat selama-lamanya. Meski saya sempat menghantar ayah dan ibu ke Mekah termasuk kakak saya dan ipar, tetapi saya rasa saya belum puas memberikan apa-apa kepada ibu dan ayah. Budi baik kasih sayang ibu terlalu mahal untuk saya nilai.
Yang paling mengharukan saya ketika ibu dan ayah sudah tiada, lalu saya buka beg ibu yang terkunci dan saya lihat wang yang saya kirim sekian banyak setiap bulan masih terdapat dalam beg terkunci itu dan wang itu masih dalam sampul dan katanya kakak pesan ibu begini.
"itu wang dia tidak mahu belanjakan dan katanya kalau dia tiada, serah saja sama kamu untuk kegunaan masa depan seperti digunakan bila mendesak. ambillah!" Saya tersentak, tertunduk diam dan sampai sekarang saya selalu saja ingat dan kekadang kesal, kenapa saja ibu selalu membohongi saya.
Nah, kerana itu saya juga selalu berbohong sama kawan2 dan makanya saya selalu mengatakan saya sihat meski sebenarnya sakit dan ini pernah saya diam2 tak seorang pun tahu kala saya sakit memandu ke rumah sakit dan kata doktor kalau saja saya lambat pasti sudah tiada dan saya diam sendirian di rumah sakit queen dan dari situ sesudah sembuh saya ke jepun dan lama tinggal di Chiba Jepun.
Tiada lagi wanita yang paling syurga dalam hidup saya ini selain ibu saya sendiri yang namanya Halimah Arif dan kerana itulah saya kurang percaya kepada wanita lain tentang baiknya mereka, apa lagi yang selalu bersikap kasar dan marah-marah kepada saya dan kalau ada demikian maka saya akan diam dan menjauh secara diam.
al-Fatihah untuk arwah ibu dan ayah saya yang sudah lama tiada dan hari inilah/waktu semacam inilah ibu saya meninggalkan saya buat selamanya.
saya tulis nota ini untuk mengingat ibu dan tentunya kamu juga punya ibu dan jagalah ibu kamu yang masih ada. sayangi mereka dan jangan berkata "ah!" kepada mereka dan nabi sendiri ketika ditanya siapa saja yang dia sayang, lalu nabi menjawab pertama, kedua, ketiga dan seterusnya jawabannya sama iaitu tetap IBU.
Hiba, sedih, rawan, perit, terluka, jauh hati dan tak ada lagi bahasa yang dapat saya perkatakan dan bayangkan akan keadaan ini.
salam dan maafkan saya kerana menulis hal ini buat tatap kalian yang saya sayangi!
diambil
Subscribe to:
Posts (Atom)