Pertubuhan SAHABAT adalah sebuah entiti mualaf yang berdaftar dengan ROS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak berasaskan keuntungan dan bergerak secara sukarela. Fungsi utama SAHABAT ialah mencari DANA untuk survival Pusat Bimbingan Teratak Fitrah, Rumah Kebajikan Likas dan menggerakkan Khidmat Sosial (amal jariah) serta memenuhi objektif penubuhan SAHABAT. Pusat ini mendapat dokongan yang padu dari JHEAINS, JAKIM, PZS (MUIS), CONCERN (Majlis Gabungan NGO Islam Sabah), NGO, pendakwah bebas dan lain-lain. SAHABAT boleh dihubungi di teratakfitrah@yahoo.com.
Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) mempunyai fungsi utama iaitu mencari dana untuk survival Pusat Bimbingan Teratak Fitrah, Rumah Kebajikan Likas dan menggerakkan khidmat sosial (amal jariah) serta memenuhi objektif penubuhan SAHABAT. Pada masa ini SAHABAT mendapat dana melalui asnaf zakat tetapi apakah dana seperti ini akan terus diterima di masa akan datang? Apakah usaha yang perlu dibuat oleh SAHABAT untuk berdikari dalam mencari dana? Pada pendapat saya SAHABAT perlu menubuhkan sebuah Koperasi untuk tujuan ini kerana Koperasi adalah amat sesuai dengan pelajar TF yang kebanyakannya berpendapatan rendah walaupun ada segelintir pelajar TF merupakan orang yang berkemampuan dari segi kewangan dan mereka ini juga ada membuat sumbangan kepada SAHABAT walaupun tidak secara langsung. Penubuhan Koperasi TF SAHABAT boleh membantu pelajar TF untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka, sebagai contoh Pelajar TF yang ada sekarang adalah berjumlah lebih kurang 120 orang dengan menyumbang modal serendah rm100 seorang, Koperasi TF SAHABAT akan dapat mengumpul rm12,000 sebagai modal dan modal sebanyak ini adalah mustahil untuk dikumpul dengan cepat jika dilakukan secara bersendirian. Dengan modal sebanyak itu Koperasi TF SAHABAT boleh memulakan perniagaan berasaskan kepada fungsi dan aktiviti koperasi yang bersesuaian. Saya mendapati ramai dikalangan pelajar TF yang mempunyai bakat dalam bidang perniagaan seperti memasak, membuat kerepek, membuat berbagai jenis sambal, membuat kek dan kuih-muih, kuih-kuih tradisional, menjahit, membuat kraftangan, menjahit manik & labuci, membuat kerawang dan sebagainya tetapi didapati pelajar-pelajar berkenaan hanya menjual secara kecil-kecilan iatu semasa kelas pada tiap hari Sabtu dan ada yang menjual secara bergerak di pusat membeli-belah secara bersendirian. Oleh itu, Koperasi TF SAHABAT dapat membantu pelajar-pelajar ini memasarkan produk-produk keluaran mereka melalui kedai koperasi atau hub pengumpulan produk atau boleh juga membantu pelajar-pelajar ini memasarkan produk mereka atau membuat packaging untuk kerepek supaya dapat memasuki pasaraya, membuka kelas jahitan, menjalankan aktiviti katering dan lain-lain dengan cara ini dapat menguntungkan pelajar-pelajar sebagai anggota koperasi daripada mereka bersaing sesama sendiri berurusniaga secara bersendirian dan pada masa yang sama koperasi dapat melahirkan usahawan-usahawan kecil dari kalangan pelajar TF melalui koperasi. Kebaikan berkoperasi bagi anggota pula adalah pelajar TF sebagai anggota koperasi dapat mengeratkan silaturrahim, menerapkan perpaduan dan kerjasama bagi menjayakan aktiviti koperasi, dengan cara ini pelajar TF dapat meningkatkan taraf hidup yang lebih baik. Pelajar TF selaku anggota koperasi juga dapat menikmati keistimewaan apabila mereka melanggan di kedai koperasi, mereka boleh menikmati rebet langganan disamping mendapatkan dividen berdasarkan sumbangan syer apabila koperasi mendapatkan keuntungan. Kemudahan yang boleh diperolehi oleh SAHABAT jika menubuhkan Koperasi adalah koperasi ini boleh mendapatkan Bantuan Pembangunan atau Geran Pembangunan Koperasi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan mengikut syarat-syarat serta jumlah bantuan yang boleh diluluskan mengikut kategori atau jenis bantuan biasanya jumlah bantuan adalah antara rm1,000.00-rm100,000.00 tertakluk kepada projek yang bakal dijalankan oleh koperasi supaya koperasi dapat melaksanakan dan memantapkan aktiviti/perniagaan yang dijalankan. Bantuan lain yang boleh diperolehi adalah Bantuan Kecemasan Koperasi bertujuan untuk membantu koperasi yang mengalami masalah akibat bencana alam atau faktor luar kawalan bagi membolehkan koperasi membangunkan semula aktiviti ekonomi. Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga menyediakan kemudahan Pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP) bagi koperasi yang telah didaftarkan sekurang-kurangnya 18 bulan dan akaun telah diaudit, bertujuan untuk menyediakan dana kepada koperasi bagi melaksanakan projek yang berdaya maju. Pembiayaan rm50,000 tanpa cagaran dengan had maksimum pembiayaan rm10 juta dengan kadar keuntungan/faedah yang rendah iaitu 1%-6% setahun dan dikira berasaskan baki bulanan, tertakluk kepada amaun pinjaman dengan tempoh penangguhan (grace period) boleh diberi tidak melebihi 6 bulan tanpa faedah. Pada pandangan saya, penubuhan Koperasi TF Sahabat akan dapat meningkatkan taraf hidup pelajar-pelajar TF sekeluarga secara langsung dan tenaga-tenaga pengajar TF juga boleh merasai kenikmatan berkoperasi secara tidak langsung, pada masa yang sama SAHABAT dapat merealisasikan impian untuk membeli bangunan sendiri disamping menjayakan fungsi utama mencari dana.