SYURGA YANG MASIH JAUH
diambil dari
http://anamasyhur.blogspot.com/
Sesungguhnya matlamat hidup kita adalah mengabdikan diri pada Allah SWT di samping menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah. Kerja yang dianggap mulia yang pernah dibuat oleh junjungan besar Muhammad SAW. Hidup tanpa dakwah ibarat makan tanpa lauk, tidur dalam keadaan berdiri dan berlagu tanpa irama. Sesungguhnya dakwah mempunyai kemanisan tersendiri, keseronokan yang berlainan dan keriangan jiwa.
Di Kota Kinabalu, bandarnya indah, luas dan cantik. JHEAINS dan JAKIM berpusat di sana. Semua NGO bertumpu di sana. Banyak aktiviti dakwah, bimbingan kelas pengajian yang boleh disertai samada ingin menyumbang tenaga ataupun mahu bimbingan agama.
Namun daerah Sandakan lain ceritanya, bandar kecil yang baru hendak membangun. Jauh beratus kilometer dari Kota Kinabalu. Mempunyai pejabat JHEAINS daerah tetapi tidak mempunyai pejabat JAKIM Daerah. Tidak mempunyai sebarang aktiviti dakwah, program mahupun kelas bimbingan. Masyarakatnya tidak mempunyai tempat untuk mendapatkan bimbingan dan sumber ilmu.
Masjid membuat kuliah untuk ahli masjid yang memang ahli masjid dan yang telah terbuka hatinya untuk mendekati masjid. Pas dengan programnya di pasti yang memang ahlinya adalah yang faham erti perjuangan. Bagaimana pula nasib masyarakat yang bukan ahli masjid dan bukan ahli pas. Bagaimana hendak menarik mereka dekat kepada Islam.
Dalam gelombang globalisasi masakini, pengaruh tv, astro, internet, majalah dan lain-lain membuatkan ramai orang Islam yang semakin jauh daripada Islam tanpa mereka sedari. Dalam suasana begini, tidak adanya program-program yang mendekati masyarakat, tidak ada kelas-kelas bimbingan, tidak ada Teratak Fitrah, tidak ada NGO yang bergerak, manakala JHEAINS lebih tertumpu pada NCR dan menguruskan hal ehwal imam-imam dan masjid. Apakah yang akan terjadi pada masyarakat Sandakan?
Sesungguhnya syurga masih jauh, masih jauh untuk diri saya dan masih jauh untuk diri masyarakat Sandakan. Sekiranya begini keadaannya, 99% masyarakat Islam Sandakan masing-masing akan menuntut sesama sendiri di akhirat kelak, “kenapa kau tidak bawa aku dekat pada Islam masa di dunia dulu?” soalan yang sama akan ditanya kepada yang menanya. Dan soalan ini juga akan ditanya pada saya juga anda.
Bagaimana pula daerah-daerah dan kawasan-kawasan selain Kota Kinabalu dan Sandakan? Adakah syurga telah hampir dengan tempat anda? Tidak ada siapa yang mengetahui, Namun usaha perlu diteruskan sebagai seorang khalifah .
Apakah peranan kita sebagai umat Islam yang telah dipertanggungjawabkan menjadi khalifah di muka bumi? Yang diperintahkan Ta’muruna Bil Ma’ruf, Watanhau Na A’nil Munkar? Ayuhlah kita bangun bersama menjalankan tanggungjawab kita mengikut level kita masing-masing. Semoga dengan usaha kita yang sedikit dan ikhlas, akan dipandang Allah dan akan membuatkan syurga dekat dengan kita serta akhirnya kita diletakkan di dalam syurga bersama bidadari yang telah Allah SWT janjikan…amin.