Pertubuhan SAHABAT adalah sebuah entiti mualaf yang berdaftar dengan ROS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak berasaskan keuntungan dan bergerak secara sukarela. Fungsi utama SAHABAT ialah mencari DANA untuk survival Pusat Bimbingan Teratak Fitrah, Rumah Kebajikan Likas dan menggerakkan Khidmat Sosial (amal jariah) serta memenuhi objektif penubuhan SAHABAT. Pusat ini mendapat dokongan yang padu dari JHEAINS, JAKIM, PZS (MUIS), CONCERN (Majlis Gabungan NGO Islam Sabah), NGO, pendakwah bebas dan lain-lain. SAHABAT boleh dihubungi di teratakfitrah@yahoo.com.

Saturday, February 26, 2011

MAJLIS IHTIFAL DAN KESYUKURAN

Majlis Ihtifal telah diadakan pada Sabtu, 26 Feb 2011 di Kelas Bimbingan Mualaf (SAHABAT) Madrasah Islamiah Masjid Negeri Sabah, Sembulan.

Terima kasih kepada pihak JAKIM kerana telah memainkan peranan penting dalam menganjurkan majlis sebegini, di mana mereka telah menyumbangkan dana dan tenaga pelaksana. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan Azan, Hafazan, Pidato, Kuiz, Tilawah dan banyak lagi.

Acara ini telah dirasmikan oleh Ustaz Nasrun Abdullah, Penolong Pengarah (Takmir) JAKIM Sabah.

Pertandingan Pidato dimenangi oleh Pn. Nurhayati Au, manakala Azan dimenangi oleh En. Suhaili Thomas, bahagian Tilawah oleh En. Ridzwan Ulis, kumpulan Adam pula telah mengatasi kumpulan Hawa dalam bahagian Kuiz.

Diharap dengan adanya usaha sedemikian akan dapat menyemarakkan lagi dakwah islamiah di Sabah. Insya Allah.....







SOKONGAN MORAL....
En. Abu Bakar Ongkosing (Presiden SAHABAT) dan Pn. Syumaimah Wong (Timbalan Presiden SAHABAT)



Pengacara sensasi.... En. Johari Buning




Pn. Nurhayati Au
(Setiausaha SAHABAT)






Sebahagian daripada urusetia pihak JAKIM yang sedang memperbincangkan strategik perlaksanaan agar majlis dapat dijalankan dengan lebih baik dan lancar.




Kelihatan para pelajar sedang khusyuk menjawab beberapa soalan yang telah disediakan oleh pihak JAKIM....
ehem...ehem...boleh pandang kamera.....


eh, senyum pun....!




Pakcik Yasin juga tidak mahu ketinggalan....HEBAT....BERSEMANGAT...!





CERIAnya.....



Doa dibacakan oleh En. Suhaili Thomas Abdullah




Ustazah Rahimah Kifli, lemah lembut orangnya....sentiasa pemurah dengan senyuman...





serius sangat ni....kalau nak senyum, senyumlah...
jangan segan-segan...





senyum itu sedekah....





wah, hebat ni En. Nazri dengan penuh perasaan melaungkan azan..!




Para hakim yang adil lagi bijaksana...




sebahagian lain staf JAKIM yang membuat penilaian...




senyuman manis yang sempat dilontarkan ke arah kamera





orang lain tersenyum lebar...
cik puan ni pula jantung berdebar...
mana tidaknya, bila menanti giliran tak sabar-sabar....

demikian entri kali ini berakhir dengan pantun 3 kerat....


Terima Kasih kepada semua pihak yang telah melibatkan diri baik secara langsung ataupun sebaliknya.....semoga Allah memberkati segala usaha kita....amin...


1 comment:

Selamat Datang