adakalah kita berlari untuk sebuah perjuangan
beban yang dipikul bukan penghalang
tapi rangsangan...
srikandi...
adalah sukar untuk menggapai sebuah perjuangan
pahit manis ditelan bersama
hanya kelasakan menjadi benteng
Teman...
adakalanya apa yang kita perjuangkan
sukar difahami oleh insan lain
pahit getir
perit maung.... ah persetankan semua itu
adakalanya kita seperti kopi campuran 3 in 1
atau 5 in 1....
kitalah pemimpin
kitalah ibu
kitalah pemikir
kitalah implementer
kitalah soldadu
bahkan
kitalah kuli-kulinya
tapi
jangan kita tangisi desteni kita
Dia tahu apa kita buat
walaupun ada kalahnya kita
larut dalam kondisi yang hiruk pikuk
gunda gulana dalam keruwitan
terdesak dalam kesempitan
..... dan adakalanya buntu
perjuangan memerlukan pengorbanan
adakalanya si anak kehilangan ibu
si laki kehilangan isteri
si isteri kehilangan suami
.... tapi itu adalah pengorbanan
kita bejuang selagi hayat mampu
cuba bayangkan 10 tahun akan datang
20 tahun akan datang
30 tahun akan datang
masih berupayahkah kita
kaki kaku terjerat
hati luntur kehilangan keghairaan
memperjuangkan misiNya
memang perit
diawal pagi meninggalkan bantal
meninggalkan washing mechine
meninggalkan kerja rumah
meninggalkan sarapan keluarga
meninggalkan anak-anak
meninggalkan keceriaan
demi sebuah perjuangan
Ya Allah
perjuangan kami terlalu kecil
jika dibandingkan dengan
Nabi Mu..
khalifah2Mu
Abubakar asidik
umar
Ali dll
rasanya
kami tidak mampu
kami tidak bisa
kami tidak berupaya
kami terlalu kerdil
terlalu kerdil
Namun
atas nama perjuanganMu
kita gagahi pergelutan ini
kerana
Al Rayan
pasti
seperti yaNg dijanjikan
INSYA ALLAH...
Allah... we luv u
we miss U
all for U......
Pertubuhan SAHABAT adalah sebuah entiti mualaf yang berdaftar dengan ROS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak berasaskan keuntungan dan bergerak secara sukarela. Fungsi utama SAHABAT ialah mencari DANA untuk survival Pusat Bimbingan Teratak Fitrah, Rumah Kebajikan Likas dan menggerakkan Khidmat Sosial (amal jariah) serta memenuhi objektif penubuhan SAHABAT. Pusat ini mendapat dokongan yang padu dari JHEAINS, JAKIM, PZS (MUIS), CONCERN (Majlis Gabungan NGO Islam Sabah), NGO, pendakwah bebas dan lain-lain. SAHABAT boleh dihubungi di teratakfitrah@yahoo.com.
No comments:
Post a Comment