Pertubuhan SAHABAT adalah sebuah entiti mualaf yang berdaftar dengan ROS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak berasaskan keuntungan dan bergerak secara sukarela. Fungsi utama SAHABAT ialah mencari DANA untuk survival Pusat Bimbingan Teratak Fitrah, Rumah Kebajikan Likas dan menggerakkan Khidmat Sosial (amal jariah) serta memenuhi objektif penubuhan SAHABAT. Pusat ini mendapat dokongan yang padu dari JHEAINS, JAKIM, PZS (MUIS), CONCERN (Majlis Gabungan NGO Islam Sabah), NGO, pendakwah bebas dan lain-lain. SAHABAT boleh dihubungi di teratakfitrah@yahoo.com.

Monday, June 6, 2011

perjuangan belum selesai

teman
adakalanya hati ini gunda gulana
harapkan panas ke petang
tapi hujan di tengahhari

kerana pulut santan binasa
menang sorak
kampung tergadai

ah..
mana perginya
aur dan tebing
cubit paha kiri
paha kanan juga terasa sakit

adakalanya kita
bagaikan pak kaduk
ke hulu air surut
ke muara air pasang....

tragik dan traumatik
adakalanya
jagat terlalu sempit
untuk survival perjuangan

Allah
kuatkan diri ini
agar terus berlari
walaupun seribu peluru
menikam

perjuang harus diteruskan
genggam bara api
biar jadi arang

Insya ALLAH!!!!

1 comment:

  1. teruskan berjuang...ALLAH sentiasa ada, DIA melihat dan memerhati setiap masa...DIA menghitung setiap penat lelahmu...dan hanya kepada DIA kita bertawakal..dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganNYA...dan hanya kepadaNYAlah kita kembali...

    ReplyDelete

Selamat Datang