Pertubuhan SAHABAT adalah sebuah entiti mualaf yang berdaftar dengan ROS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak berasaskan keuntungan dan bergerak secara sukarela. Fungsi utama SAHABAT ialah mencari DANA untuk survival Pusat Bimbingan Teratak Fitrah, Rumah Kebajikan Likas dan menggerakkan Khidmat Sosial (amal jariah) serta memenuhi objektif penubuhan SAHABAT. Pusat ini mendapat dokongan yang padu dari JHEAINS, JAKIM, PZS (MUIS), CONCERN (Majlis Gabungan NGO Islam Sabah), NGO, pendakwah bebas dan lain-lain. SAHABAT boleh dihubungi di teratakfitrah@yahoo.com.
Sunday, May 20, 2012
koordinator NGO DAKWAH diperlukan!!
artikel dari http://anamasyhur.blogspot.com/
Malaysia adalah sebuah Negara yang aman makmur, rezeki melimpah ruah dari langit juga bumi. Tidak ada kerisauan dan ketakutan tentang keselamatan. Tidak ada kebuluran juga kelaparan kerana tiada makanan. Yang lebih penting 64% penduduk Malaysia adalah beragama Islam. Bebas beragama, bebas beramal.
Dalam kebebasan beragama dan beramal, tidak kurang juga bebasnya masyarakat Islam berideologi dan berfahaman, selagi tidak bertentangan dengan Syariat Islam. Namun begitu wujud beberapa perbezaan fahaman juga pendekatan dalam menggapai misi Islami. Sedikit sebanyak perbezaan-perbezaan ini mengelirukan masyarakat lebih-lebih lagi yang kurang fahaman agamanya. Ini membuatkan masyarakat Islam hidup dengan pelbagai cara, amalan dan juga misi. Tidak kurang juga yang langsung tidak tahu misi hidup kerana keliru dengan semua ini.
Islam agama yang syumul, lengkap meliputi segala aspek kehidupan. Islam telah menggariskan pelbagai garis panduan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Namun tidak semua masyarakat memahami akan garis panduan ini. Tiada kesedaran untuk mendalami ilmu Islam membuatkan ia begitu. Di tambah pula dengan kejahilan orang tua yang tidak memberikan pendidikan agama seawal mungkin. Akibatnya ramai yang hidup tanpa garis panduan sebenar.
Setelah Malaysia menerjah masuk ke zaman globalisasi, teknologi maklumat mula berkembang, segalanya dihujung jari. Berbagai-bagai fahaman turut berkembang sama. Misi yang hendak dicapai dan gerak kerja untuk mencapainya juga berkembang hingga tidak diketahui manakah misi yang perlu di capai dan bentuk gerak kerja yang bagaimanakah lebih sesuai untuk masyarakat mengaplikasikannya.
Hizbut Tahrir bermisikan Daulah Khilafah dengan gerak kerja memberi kefahaman kepada masyarakat untuk meninggalkan Sistem Politik yang direkacipta Barat. Parti Islam SeMalasysia bermisikan menegakkan Syariat Islam dan Negara Islam dengan gerak kerja menguasai struktur politik Demokrasi Malaysia. Jamaah Islah Malaysia (JIM), Jamaah Ikram Malaysia (IKRAM) bermisikan tertegaknya syariat Islam dengan gerak kerja memperkukuhkan tarbiah jemaah dan masyarakat.
Tidak kurang juga jemaah yang bermisikan mencintai Rasulullah saw dengan mendekati para ahlul bait dan mengamalkan ribuan zikir setiap hari. Ada juga jemaah dengan misinya untuk mengamalkan Islam sejajar fahaman Salafus Soleh. Ada juga yang misinya mengamalkan Islam dengan meninggalkan segala amalan-amalan Bida’ah. Banyak lagi fahaman, misi dan gerak kerja yang pelbagai lagi wujud di sekeliling kita. Persoalannya, fahaman, ideologi, misi dan gerak kerja manakah yang benar-benar menepati kehendak syariat Islam. Adalah mustahil untuk menyatakan semuanya adalah benar kerana wujud dari fahaman-fahaman ini saling menyalahkan antara satu sama lain.
Persoalannya, kenapa perlu misi dan gerak kerja yang berbeza. Apakah sebenarnya misi Manusia di muka bumi?. Apakah gerak kerja sebenar untuk mencapai misi sebenar?. Kenapa kita tidak ada satu kata putus misi sebenarnya dan gerak kerja yang bagaimana perlu diaplikasi dalam kehidupan seharian. Seharusnya ada satu badan yang menaungi semua pertubuhan-pertubuhan dan jamaah yang ada di Malaysia sebagai coordinator bagi hal-hal sebegini.
Mungkin misi-misi dan gerak kerja ini tidak bersalahan dengan syariat Islam. Namun, bukankah lebih baik kiranya kita ada satu kata putus, apakah sebenarnya misi sebagai seorang Islam dan bagaimana gerak kerja dalam mencapai misi tersebut. Dengan cara ini, ia memastikan seramai 18 juta masyarakat Islam Malaysia punya satu misi dan gerak kerja, tidaklah ia terpecah dengan pelbagai misi, fahaman dan ideologi.
Coordinator perlu menjadi perantara bagi menemukan semua jamaah, pertubuhan, persatuan, parti politik dan badan-badan yang ahlinya adalah orang-orang Islam. Betapa elok dan cantiknya Islam itu sekiranya perkara ini menjadi kenyataan. Segala isu, fahaman, ideologi dapat dimurnikan dalam kesatuan ini. Kesatuan ini juga perlu bersatu dengan satu persepsi sesiapa yang menyanggahi, keluar, tidak bersatu dengan kesatuan ini, ia dianggap mereka yang terkeluar dari jamaah dan keluar dari kesatuan Islam kerana kesatuan ini adalah induk kepada segala wadah yg ada.
Saya percaya, Islam akan bertambah kuat dengan kesatuan ini. Walaupun masing menjalani kehidupan seharian dengan gerak kerja masing-masing. Namun apa yang lebih penting adalah misi hidup dan gerak kerjanya telah d putuskan dengan misi dan gerak kerja yang satu. Segala isu yang agak khilaf, kontroversi, samar-samar dapat di murnikan dan diberi kata putus. 18juta rakyat Malaysia hanya perlu merujuk kepada keputusan kesatuan ini. Contohnya semua 18juta rakyat Malaysia perlu menetapkan fokus untuk menegakkan syariat Islam dan tertegaknya sebuah Negara Islam dengan sistem pemerintahan Islam. Ia perlu siap dengan plan strategiknya untuk jangka pendek, Jangka pertengahan dan jangka panjang. 18juta rakyat Malaysia mengikuti plan strategik ini. InsyaAllah, pasti dan pasti, dengan kesatuan begini, Islam akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang, Fikir-fikirkanlah… J
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment