Pertubuhan SAHABAT adalah sebuah entiti mualaf yang berdaftar dengan ROS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak berasaskan keuntungan dan bergerak secara sukarela. Fungsi utama SAHABAT ialah mencari DANA untuk survival Pusat Bimbingan Teratak Fitrah, Rumah Kebajikan Likas dan menggerakkan Khidmat Sosial (amal jariah) serta memenuhi objektif penubuhan SAHABAT. Pusat ini mendapat dokongan yang padu dari JHEAINS, JAKIM, PZS (MUIS), CONCERN (Majlis Gabungan NGO Islam Sabah), NGO, pendakwah bebas dan lain-lain. SAHABAT boleh dihubungi di teratakfitrah@yahoo.com.

Tuesday, February 19, 2013

Apa Kurangnya Buddhism Sehingga Kamu Memeluk Islam...???



Perkongsian daripada saudara Firdaus Wong Wai Hung 

Kuala Lumpur ( 18/2/2013 )


Dialog kisah sebenar di antara seorang anak yang telah memeluk Islam dengan ibunya yang masih beragama Buddha. Tips untuk semua pendakwah dan juga satu renungan untuk anda yang belum beragama Islam. Coretan daripada Muslimah berniqab bernama Kamaliah Abbas;


Ada seorang auntie yang beragama buddha bertanya kepada anaknya yang merupakan kawan baik saya :

"Apa kurangnya buddhism ni sampai kau nak masuk Islam?"

Kawan saya itu berbincang dengan saya jawapan apa yang paling sesuai untuk menjawab pertanyaannya. Maka idea saya ialah,

"Ya, saya tahu buddhism memang banyak mengajar perkara yang baik, suka menolong orang dan sebagainya, tetapi apa yang menggangu fikiran dan hati saya ialah buddhism tidak mempunyai konsep ketuhanan.

Mak, cuba you tengok rumah ni, make sense to you tak kalau saya kata rumah yang terbina dengan cantik dan kemas ini terjadi dengan sendirinya? Pasti ada yang membinanya kan?

Begitu juga dengan alam ini, susah untuk saya menerima alam yang cantik dan well-organized ini terjadi dengan sendirinya. Dengan susun atur planet yang tak berlanggar antara satu sama lain, dengan kepatuhan bumi mengelilingi matahari tanpa mengingkari tugasnya. (dan contoh yang lain)

Sekiranya rumah yang mudah dan ringkas ini ada orang yang membinanya, apatah lagi alam semesta ni. Pasti ada yang membinanya. Pasti ada yang menciptanya.

Dan saya mahu menyembah tuhan itu. Saya mahu menyembah tuhan yang mencipta alam ini. Tuhan yang menciptakan saya. Satu-satunya Tuhan.

Ini mungkin step permulaan, mungkin selepas ini boleh menceritakan mengenai penemuan sains "the expanding of the universe" kepada maknya. Tetapi untuk sekarang ini kami rasa tidak sesuai.

Untuk berhujah dan berbincang, elakkan daripada mengatakan bahawa agama kamu salah! tidak betul! dan cuba menunjukkan pelbagai bukti untuk menunjukkan bahawa kamu betul dan agama mereka salah.

Kita mungkin memenangi perdebatan itu, tetapi kita telah kalah dalam memenangi hati mereka. Dan ini membawa kesan yang amat buruk kepada usaha dakwah kita yang seterusnya kepada mereka. Dan mungkin kerana cara kita yang salah, mereka lagi membenci Islam.....

Sekadar perkongsian. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Selamat Datang