8 Febuari,2006
Baitul Ehsan Pulih Akidah Umat Islam
Oleh: Arshad Hussin
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan membina sebuah Baitul Ehsan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) yang berfungsi sebagai sebuah institusi memulih akidah umat Islam yang terlibat dengan ajaran sesat dan berhasrat untuk murtad.
Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran menjelaskan, Baitul Ehsan ini juga boleh dimanfaatkan sebagai pusat perlindungan sementara bagi saudara-saudara kita yang bermasalah.
Beliau berkata demikian sempena majlis perasmian Rumah Kebajikan Teratak Fitrah di Jalan Kurol Melanggi di Likas.
Hadirsama dalam majlis itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),Datuk Pengiran Nohin Pg.Rauf, Timbalan Pengarah JHEAINS,Amri Suratman, wakil Pengerusi MUIS merangkap Timbalan Pengerusi MUIS, Aspah Abd.Sani, wakil Mayor DBKK, Ismail majin, wakil Pengerusi PBNS, Aliuddin Imam Pandin, KPSU Bahagian Pengurusan Dan Kewangan JKM, Datin Salwa Datuk Abu Bakar Titingan serta pegawai dan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.
Datuk Nasir berkata, dengan wujudnya rumah kebajikan itu dapat menyediakan tempat yang lebih selesa bagi saudara baru menjalankan aktiviti khususnya kelas pengajian agama disamping kemudahan tempat tinggal sementara saudara-saudara kita yang disisihakn keluarga dan teraniaya.
“ Kita berharap para cendikiawan dan juga dermawan Islam tampil memberikan bantuan membantu majlis pelajar Teratak Fitrah memahami dan mengamalkan ajaran Islam sebenar,” kata Nasir.
Katanya, bilangan saudara kita di negeri ini semakin meningkat dan ianya memerlukan bimbingan dan bantuan ilmu khususnya mengenai agama Islam.
“ Kita tidak boleh berbangga dengan bilangan yang ramai tetapi kita perlukan bilangan umat yang berkualiti menurut kehendak syariat,” kata Nasir.
Sehubungan itu katanya,Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) akan menerbitkan sebuah buku khas yang mengandungi pengenalan kepada Islam serta prosedia memeluk Islam.
Katanya, buku itu diberikan percuma kepada mana-mana individu atau pihak yang ingin menganut agama Islam.Oleh: ARSHAD HUSSIN.
No comments:
Post a Comment