23 Januari 2011, Tanah Emas Lido - ketika itu hujan gerimis, kumpulan sri kandi dari Teratak Fitrah dengan penuh semangat dan prihatin telah bekerjasama dengan ahli sukarelawan dari Yayasan Tzu Chi melakukan aktiviti "kitar semula".
Sebaik sahaja selesai solat subuh, kumpulan sri kandi ini telah bertolak dari rumah masing-masing meninggalkan pesan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah keluh walau terpaksa menaiki beberapa kali bas untuk sampai ke destinasi semata-mata untuk melakukan amal jariah. Yayasan Tzu Chi adalah sebuah NGO yang telah lama beroperasi menjalankan misi kemanusiaan. Kumpulan sri kandi Teratak Fitrah telah mengambil inisiatif peluang keemasan ini, walaupun mereka tahu bahawa mereka tidak akan mendapat upah apa-apa pun. Sekadar ingin melihat usaha mereka akan dapat membantu ramai yang memerlukan sudah memadai bagi mereka. Agama Islam tidak pernah menghalang kita membantu sesiapa pun walau mereka berlainan bangsa mahupun agama, selagi ianya untuk kebaikan dan niat kita adalah suci kerana Allah SWT.
"Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan. Kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan. Keyakinan kepada balasan baik Allah akan merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak."
(MUSLIM)
Daripada Abdullah ibn Abbas r.a katanya, rasulullah s.a.w bersabda, dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan.
(RIWAYAT AL-BUKHARI)
No comments:
Post a Comment