Salam pertemuan pada hari pertama Kelas Bimbingan Mualaf. Pagi ini semua ceria. Segar bugar. Pagi ini, 1 Januari 2011. Cuti umum. Tapi saya puji kepada semua student dan para ustaz/a yang sanggup datang ke kelas. Memang payah. ramai mungkin semalam yang lewat tidur. sambut tahun baru. berdentum mercun dan bunga api. hebat. lewat tidur.
Tapi pagi ini masih ramai yang datang ke kelas. congratulation. Majlis Tertinggi SAHABAT juga ramai yang datang. Presiden, Pn. Syumaimah, Pn. Rahimah Dalampir, Pn. Amalina semua semangat belaka. Bendahari, En. Johari Bungin, yang juga merupakan penyelaras penerangan (termasuk penyediaan sound system) juga hadir. Dia bekerja keras untuk memastikan Program SAHABAT bersama pelajar berjalan lancar. Antara Ustaz yang datang ialah Us. Rifai, Us. Tajuddin, dan yang hebatnya, Ustaz Firdaus, yang merupakan pelatih Program Pendakwah Profesional Hidayah Centre (kelolaan Tn. Hj. Sylvester Nicholas) juga datang membantu pagi ini. Dia mengajar Iqra dan memberi ceramah pada pagi ini.
Cerita tentang Azam.... apa azam anda?
asal namanya firdaus, mesti hebat punya....hehehehe...
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM....
ReplyDeletemaaf sekiranya tersalah bahasa ataupun comment.Saya ingin menyatakan pendapat saya tentang logo sahabat..bentuk cantik tetapi,warnanya macam terlalu lama..apa kata kasi moden sedikit warnanya,barulah nampak ceria..
SEKIAN DAN TERIMA KASIH