Pertubuhan SAHABAT adalah sebuah entiti mualaf yang berdaftar dengan ROS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak berasaskan keuntungan dan bergerak secara sukarela. Fungsi utama SAHABAT ialah mencari DANA untuk survival Pusat Bimbingan Teratak Fitrah, Rumah Kebajikan Likas dan menggerakkan Khidmat Sosial (amal jariah) serta memenuhi objektif penubuhan SAHABAT. Pusat ini mendapat dokongan yang padu dari JHEAINS, JAKIM, PZS (MUIS), CONCERN (Majlis Gabungan NGO Islam Sabah), NGO, pendakwah bebas dan lain-lain. SAHABAT boleh dihubungi di teratakfitrah@yahoo.com.

Monday, October 1, 2012

BICARA COOP











http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=mac006-2009


Peningkatan Peranan Koperasi Dalam Krisis Ekonomi Global Semasa
Terjemahan oleh : Noorazlin Zahariman
Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), yang mewakili komuniti koperasi seluruh dunia semenjak 1895 dan sehingga kini mempunyai lebih daripada 800 juta ahli individu, telah menyerahkan surat terbuka kepada negara-negara G8* untuk menyuarakan kebimbangan terhadap krisis ekonomi global yang tercetus ekoran daripada kejatuhan beberapa struktur kewangan utama dunia.

Tidak dapat dinafikan bahawa sejumlah besar wang pembayar cukai telah digunakan oleh kebanyakan kerajaan dari pelbagai negara sebagai satu jalan bagi menghadapi impak krisis ekonomi yang wujud ekoran daripada amalan spekulasi badan-badan korporat gergasi. Kesan tindak balas berantai gangguan ekonomi ini telah mula berlaku dengan serius, lalu memberikan kesan kepada ekonomi Asia Pasifik dalam bentuk kerugian perniagaan, pemberhentian kerja serta kerapuhan likuiditi sehingga menyebabkan golongan tertentu dalam masyarakat cenderung terdedah dan lebih mudah terjejas akibat kesan tersebut daripada sebelumnya.

Dengan mengambil kira kemerosotan yang berlaku dari hari ke hari, KAMI, perwakilan ICA dari Asia Pasifik, menyedari dan gusar memandangkan krisis tersebut juga akan melanda rantau ini dan dengan itu, kami maklum bahawa pertumbuhan ekonomi yang negatif hanya akan mengakibatkan kesan serius terhadap kestabilan ekonomi global.

Koperasi; adalah salah satu bentuk perniagaan yang berasaskan nilai yang unik kerana menggabungkan ekonomi dengan tanggungjawab sosial yang kaya dengan pelbagai karakter serta berupaya memberi-kan peluang pekerjaan kepada 100 juta individu di seluruh dunia; wajar dipertimbangkan sebagai satu pilihan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.

Koperasi dikenali di seluruh dunia kerana diyakini terjamin, stabil dan merupakan model perniagaan yang mapan, dimiliki dan dikawal oleh mereka yang berusaha memenuhi kehendak ekonomi yang sama dan bersatu mengumpulkan sumber-sumber mereka masing-masing untuk kepentingan bersama.

Koperasi merupakan satu model perniagaan yang berbeza berbanding dengan struktur korporat yang berorientasikan modal. Koperasi tidak mempunyai kaitan dengan pasaran saham dan koperasi bergantung kepada dana ahli yang lebih bernilai, realistik dan tidak terdedah kepada manipulasi ataupun ketamakan kerana ahli dalam komuniti itu sendiri yang mengawalnya.

Koperasi adalah bentuk per-niagaan yang mana keuntungan tidak hanya dinikmati dan diagih kepada pemegang saham, tetapi dikembalikan kepada ahli-ahli yang aktif, yang terlibat dengan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh koperasi. Ianya adalah bagi memastikan keuntungan yang diperolehi melalui perniagaan tempatan kekal dalam lingkungan komuniti tempatan untuk kebaikan dan manfaat keluarga dan persekitaran tempatan.

Koperasi mampu memberikan daya tahan yang mantap kerana mempunyai ciri-ciri intrinsik yang realistik dan mementingkan kesederhanaan dalam merancang pertumbuhan perniagaan dengan kawalan boleh urus ke atas hasrat dan kos.

Bagi membendung kesan buruk kemelesetan ekonomi global, KAMI, perwakilan koperasi dari rantau Asia Pasifik mencadangkan kepada pembuat dasar agar di peringkat nasional ataupun global mengiktiraf peranan signifikan koperasi dalam proses pemulihan ekonomi dan dengan itu menyeru kepada kerajaan untuk mewujud-kan kerjasama baik dengan koperasi untuk melindungi populasi yang terdedah kepada keadaan ekonomi dalam usaha meminimumkan kesan keruntuhan ekonomi global di peringkat akar umbi.

No comments:

Post a Comment

Selamat Datang