Pertubuhan SAHABAT adalah sebuah entiti mualaf yang berdaftar dengan ROS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak berasaskan keuntungan dan bergerak secara sukarela. Fungsi utama SAHABAT ialah mencari DANA untuk survival Pusat Bimbingan Teratak Fitrah, Rumah Kebajikan Likas dan menggerakkan Khidmat Sosial (amal jariah) serta memenuhi objektif penubuhan SAHABAT. Pusat ini mendapat dokongan yang padu dari JHEAINS, JAKIM, PZS (MUIS), CONCERN (Majlis Gabungan NGO Islam Sabah), NGO, pendakwah bebas dan lain-lain. SAHABAT boleh dihubungi di teratakfitrah@yahoo.com.
Tuesday, October 16, 2012
KERENAH PELAJAR DEWASA
KERENAH PELAJAR DEWASA
(http://anamasyhur.blogspot.com/2010/05/kerenah-pelajar-dewasa.html)
Saya selalu mendengar kata-kata daripada masyarakat awam yang inginkan kelas agama diwujudkan di tempat mereka. Ada yang menyatakan “alangkah baiknya kalau ada kelas agama, boleh juga kami tumpang belajar. Selalu sangat saya mendengar perkataan sebegini. Namun sebenarnya kata-kata ini bukanlah keinginan sebenar orang yang berkata. Apabila kelas diwujudkan ditempat yang diminta. Orang yang berkata tadi belum tentu akan mengikuti kelas agama tersebut.
Inilah hakikat masyarakat dewasa masakini. Pelbagai kerenah yang boleh kita lihat dalam mengendalikan pelajar dewasa. Sebenarnya pelajar dewasa ini ada beberapa ketegori. Ada yang Islam asal, Mualaf, bujang, dan juga yang berniat memeluk islam. Saya dah banyak kali berdepan dengan kerenah pelajar dewasa ini. Ada yang betul-betul ikhlas ingin menuntut ilmu dan ada juga yang tidak tahu arah tujuan sebenar menuntut ilmu.
Sebenarnya, ada dari kalangan pelajar dewasa ini menghadiri kelas adalah kerana insaf dengan masalah yang ditanggung sekarang. Rasa terbeban dengan masalah yang dihadapi. Masalah rumahtangga atau masalah kesunyian duduk di rumah.
Saya pernah ada beberpa pelajar yang ada masalah rumah tangga. Mereka berhasrat ingin bercerai dengan suami kerana tidak tahan dengan sikap suami. Saya tahu cerita pun setelah beberapa ketika mereka menyertai kelas. Mereka beritahu yang masalah tersebut berlaku sebelum mereka menyertai kelas agama lagi.
Namun persoalannya, setelah proses perceraian mereka selesai, masalah rumatangga tadi selesai dan tidak lagi kesunyian di rumah. Mereka sudah tidak berminat untuk ke kelas agama lagi. Malah, mereka senyap begitu sahaja tanpa khabar berita.
Bagi yang mualaf pula, ada di kalangan mereka yang menghadiri kelas semata untuk melayakkan mendapat wang pendidikan RM200 sebulan. Datang mendaftar dengan penuh keinsafan ingin menuntut ilmu dan sebagainya. Sanggup berkorban pahit getir dalam menghadiri kelas agama. Tetapi setelah setahun menuntut ilmu, wang pendidikan pun dah tidak dapat, pelajar ini pun hilang ntah kemana, ghaib begitu sahaja.
Tidak kurang juga bagi yang bujang. Datang ke kelas dengan penuh diplomasi dan adab sopan. Bunyinya “saya datang sebab betul-betul ingin belajar agama ustaz”. Setelah beberapa ketika mereka belajar, mereka meluahkan isi hati pada kita memohon bantuan untuk menguruskan perkahwinan. Setelah selesai majlis perkahwinan, si bujang yang telah berkahwin ini pun turut serta dengan dua bangsa di atas. Ghaib dengan tanpa berita.
Pernah juga berlaku kepada beberapa orang yang berminat untuk memeluk Islam. Datang ke kelas mengakui berminat dengan ajaran agama. Mohon ditunjuk ajar prosedur memeluk Islam. Setelah dapat apa yang dihajati, dapat memeluk Islam. Tiga keadaan akan berlaku. Pertama mereka terus hilang dengan kad Islam mereka, Kedua sempat berkahwin kemudian hilang dan ketiga akan kekal dalam pengajian. Samada kekal benar-benar kekal atau akan menjadi seperti 3 kelompok pelajar di atas.
Hakikatnya, segelintir kecil sahaja yang menuntut ilmu dengan sepenuh hati sehingga betul-betul memahami ajaran Islam sebenar. Mohon kepada pembaca sekelian, bersama-samalah kita membentuk masyarakat dewasa masakini agar menjadi orang yang cintakan ilmu dengan penuh keikhlasan agar dapat menghilangkan kejahilan dalam diri kita masing…fakir-fikirkanlah.
Posted by anamasyhur at 7:26 AM
Labels: DAKWAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment